Fotografi Perkahwinan di Sawah Padi – Shawn & Naem


  • Sumo

Kesempatan untuk mengadakan sesi fotografi di kawasan sawah padi memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh saya. Oleh sebab itu bila Shawn & Naem menghubungi saya untuk menjadi jurugambar majlis mereka di Sekinchan saya sangatlah berbesar hati untuk menerimanya. Ketika itu sudah terbayang keindahan sawah menghijau.

 

Majlis tersebut telah berlangsung pada 11.11.11 dan juga 12.11.11 tapi baru sekarang saya sempat update blog ini.  Terimakasih untuk semua yang terlibat dalam majlis ini. Terimakasih juga untuk Shawn kerana menyediakan tempat tinggal yang cukup menarik iaitu d’Muara Dorani Marine Park di Sungai Besar. Shawn juga pagi-pagi lagi dah bangun dan menghantarkan breakfast ke chalet kami – terima kasih yang tak terhingga.

 

Semasa sedang shooting di sawah anak lelaki saya Zamiel yang berumur 6 tahun turut ikut sama dan dia memang teruja dan sangat gembira melihat keindahan sawah yang belum pernah dialaminya. Maklumlah lahir dan dibesarkan di kota.

 

Di sini saya postkan beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama. Anda boleh melihat lebih banyak foto perkahwinan mereka di FACEBOOK saya.

IMG_0547 edited

IMG_0549 edited

IMG_0232 edited

IMG_0196 edited

IMG_0171 edited

IMG_0149 edited

IMG_0135 edited

IMG_0133 edited

IMG_0094 edited

Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej photography kami sila isikan detail di ruangan Contact Us atau pun ke FACEBOOK saya.