Selain dari mengambil gambar untuk majlis perkahwinan, saya juga melibatkan diri dalam fotografi untuk dunia fesyen. Dengan perkembangan pesat dalam industri fesyen di Malaysia, ianya merupakan satu subjek fotografi yang amat menarik untuk dirakam dengan kamera. Baru-baru ini saya telah diberi peluang untuk menjadi jurugambar rasmi oleh butik pakaian tradisional […]
All posts by admin
Dulu saya ada poskan tentang majlis akad nikah Hazmi & Nurul berserta dengan gambar-gambar sekitar majlis tersebut. Dah lama jugak tu. Lupa pulak nak updatekan tentang majlis resepsi mereka. Majlis resepsi tersebut diadakan sehari selepas majlis akad nikah di Dengkil. Untuk sesi outdoor pula, atas permintaan pengantin ianya telah diadakan […]
Kali ini saya selaku jurugambar perkahwinan Melayu Malaysia nak bawakan pula liputan dari majlis akad nikah Hazmi & Nurul. Sememangnya ia adalah hari yang memenatkan. Ini kerana pada pagi hari yang sama saya cover satu majlis di Kuala Lipis, Pahang. Selesai saja majlis di Kuala Lipis saya terpaksa bergegas ke […]
Sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menjadi jurugambar bagi majlis aqiqah dan cukur jambul Rayyan Anaqi bin Roslan. Majlis ini sebenarnya telah berlangsung agak lama dulu tapi saya baru berkesempatan untuk membuat posting tentangnya. Rayyan Anaqi merupakan anak pertama dari perkahwinan Roslan dan Azlyn. Mereka merupakan pelanggan saya semasa majlis […]
Semasa saya meliputi fotografi untuk majlis aqiqah Adam Rayyad baru-baru ini saya berkesempatan melihat adat pijak tanah. Sebenarnya ia agak asing bagi saya kerana belum pernah melihat upacara sedemikian sepanjang saya bergerak sebagai jurugambar. Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka menyebut adat pijak tanah adalah satu upacara memijakkan kaki […]
Sebagai jurugambar perkahwinan satu kelebihan yang saya dapat ialah melihat bagaimana sebuah perkahwinan berkembang menjadi sebuah keluarga. Dari berdua, kemudian bertiga, kemudian berempat dan seterusnya. Memang ramai pelanggan-pelanggan saya dah menjadi kawan dan kami masih keep in touch terutama melalui media sosial. Ada juga yang saya menjadi jurugambar mereka dari majlis […]
Salah satu adat masyarakat kita ialah memberikan hadiah perkahwinan kepada rakan atau saudara kita yang berkahwin. Ini sebenarnya bukanlah satu kewajipan pun. Tapi lebih merupakan satu adat yang telah lama diamalkan. Rasionalnya ialah pasangan pengantin itu ingin memulakan kehidupan baru iaitu kehidupan suami isteri. Biasanya mereka akan berpindah ke rumah […]
Sama ada untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi, majlis pejabat, makan malam, reunion, pelancaran produk, perasmian kedai atau apa sahaja majlis sosial photo booth adalah satu cara yang amat menarik untuk menghiburkan tetamu anda. Photo booth adalah NYAWA MAJLIS di mana rakan, sanak-saudara dan para tetamu berkumpul bersama untuk gambar mereka diambil […]
Inginkan sesuatu kelainan bagi gubahan hantaran perkahwinan anda? Jika dulu-dulu dulang hantaran dari tembaga sering digunakan. Ianya tahan lasak tapi sangat berat. Semakin lama ianya makin kurang digunakan. Mungkin harganya agak mahal kot. Kemudian ianya diganti oleh dulang aluminium yang lebih ringan. Masalahnya dulang aluminium ini mudah tumbang jika isi […]
Melukis henna di tangan dan kaki sememangnya popular bagi pengantin-pengantin di Malaysia. Kali ini saya nak ceritakan tentang usaha pengantin ini, Lalatrash atau Nuradella untuk mendapatkan lukisan henna bagi majlis perkahwinannya. Biasanya orang kata pengantin perlukan banyak rehat bagi menghadapi hari besar mereka. Tapi almost all of the time bakal pengantin […]