Dah lama saya nak postkan foto majlis perkahwinan antara Aizat & Amera ni tapi baru sekarang berkesempatan. Aizat ni dah book dengan saya agak lama jugak. Tapi semenjak buat booking hinggalah kehari majlis ni, kami tak pernah sekalipun berjumpa. Segala confirmation dibuat melalui e-mail dan bayaran semuanya melalui online banking. […]
All posts by admin
Jika anda perhatikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan mahu pun pertunangan pastinya anda akan sering melihat pengantin perempuan dibekalkan dengan bunga tangan atau orang putih panggil hand bouquet. Selain dari elemen-elemen pada pakaian anda, perhatian harus juga diberikan kepada bunga tangan ini kerana ianya memainkan peranan yang amat besar pada […]
Semasa membuat fotografi perkahwinan Saiful & Ainoor di Senawang saya turut berkesempatan meneliti persiapan yang dilakukan oleh mereka di rumah pengantin. Nampaknya mereka amat teliti dalam membuat persiapan baik dari segi warna, hiasan dan juga kelengkapan dihari perkahwinan mereka. Pada malam akad nikah mereka menggunakan pelamin mini yang ringkas […]
Ini adalah liputan hari kedua saya di Senawang sebagai jurugambar majlis perkahwinan antara Saiful Hisham & Ainoor. Majlis sepertimana juga akad nikah pada hari sebelumnya diadakan di rumah pengantin perempuan. Mengekalkan jurusolek yang sama, pada hari ini kedua mempelai mengenakan warna tema pastel – baju dengan warna krim. Bagi […]
Kali ini saya ingin berkongsi pula dengan anda semua gambar-gambar dari majlis akad nikah Saiful Hisham & Ainoor yang saya liputi di Seremban pada awal Mei 2012. Jika anda ada mengikuti posting saya baru-baru ini tentang Hotel Sri Senawang, saya sebenarnya tinggal di sana untuk majlis inilah. Majlis akad […]
Inai disapu di jari tandanya mesra Memberitahu hai dikau sudah berpunya Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna Di jari manisnya tersarung cincin permata Itulah antara lirik lagu Inai di Jari yang pernah dipopularkan oleh penyanyi 60an S. Jibeng. Lagu tersebut begitu sinonim dengan majlis perkahwinan. Begitulah juga halnya […]
Pada awal Mei baru-baru ini saya berkesempatan ke Senawang untuk satu tugasan fotografi perkahwinan. Senawang terletak kira-kira 7 km dari Seremban. Senawang merupakan satu kawasan perindustrian dengan kawasan Perindustrian Ringan Tuanku Jaafar menjadi nadi kepada Senawang. Ia juga mempunyai banyak taman-taman perumahan. Antaranya ialah Taman Matahari Indah, Taman Kobena, […]
Di dalam sesuatu upacara akad nikah atau ijab kabul seperkara yang wajib diadakan dari segi hukum syarak adalah mas kahwin. Mas kahwin merupakan pemberian dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa akad nikah dijalankan. Mas kahwin hendaklah dilunaskan dalam bentuk samada wang tunai, hutang, cagaran atau sesuatu benda yang boleh […]
Dalam beberapa hari lagi banyaklah majlis-majlis perkahwinan yang akan diadakan dimerata-rata tempat. Bagi yang telah menerima jemputan tu diharap dapatlah memenuhi undangan rakan-rakan dan juga saudara-mara. Kehadiran anda ke majlis mereka sesungguhnya amatlah diharapkan. Bagi yang ada hal lain dan tak dapat hadir apa salahnya jika dapat menghubungi mereka […]
Gempak tak title tu? Saja je bagi gempak-gempak sikit sempena menyambut ahli baru dalam himpunan senjata fotografi saya. Setelah lebih 3 tahun bersenjatakan Canon EOS 50D akhirnya saya mendapatkan Canon EOS 7D pula. Ianya bukanlah model baru. Sudah agak lama berada di pasaran tetapi masih tetap mendapat tempat dikalangan […]