Dah agak lama takde posting baru di page ini kerana kesibukan yang melampau. Kali ini saya bawakan perhatian anda semua ke majlis perkahwinan antara Atiqah & Norazman yang telahpun berlangsung di Lembah Pantai baru-baru ini. Pada ketika majlis berlangsung demam pilihanraya belum bermula. Tapi sekarang Lembah Pantai menjadi antara kawasan […]
All posts by admin
Gempak tak tajuk tu? Itu bukan aksi atau skrip dalam filem. Bukan cobaan! Tapi betul-betul. Memang baru-baru ni saya masuk ke Penjara Sungai Buloh. Tapi bukan sebab melakukan kesalahan, cuma shoot foto kahwin kat sana. Hehe.. Terima kasih kepada Hazwanee Amalina yang sudi mengambil saya sebagai official fotografer majlis perkahwinan […]
Tarikh 2 March 2013 baru-baru ini berlangsungnya Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 25 di Putrajaya International Convention Center (PICC). Kali ini saya telah berpeluang untuk menghadiri majlis tersebut atas undangan yang diterima melalui seorang rakan. Walau pun pada hari yang sama saya mempunya tugasan majlis perkahwinan di Batu Caves pada […]
Menganjurkan satu majlis perkahwinan yang akan dikenang oleh semua yang hadir adalah menjadi impian setiap orang. Lumrah manusia pula, mereka tentunya akan mengingati sesuatu yang luar biasa dan jarang ditemui. Agaknya apakah impian dan idea anda untuk majlis perkahwinan anda nanti? Kelainan boleh dibuat dalam pelbagai aspek. Antaranya dari segi […]
Dalam posting yang lalu ada saya paparkan tentang keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terletak di Putrajaya. Gambar-gambar itu saya rakamkan ketika saya cover fotografi akad nikah Farhan & Hafizah di masjid tersebut. Hafizah sebenarnya menetap di Bandar Utama tetapi kerana inginkan yang terbaik sanggup travel hampir 50km bagi […]
Pada penghujung 2012 saya sekali lagi mendapat tugasan untuk merakamkan foto perkahwinan di Temerloh. Ini merupakan job fotografi yang ketiga di Temerloh sepanjang tahun 2012. Namun kali ini ianya lebih jauh sedikit iaitu di Jengka. Majlis tersebut merupakan majlis bertandang bagi pasangan Mohd Amin dan Nadia Asyikin. Sebagaimana majlis-majlis perkahwinan […]
Pada penghujung tahun 2012 saya sekali lagi berkesempatan untuk memenuhi satu assignment fotografi akad nikah di Masjid Besi, Putrajaya. Kali ini saya sampai ke sana lebih awal maka sempatlah saya meninjau dengan lebih teliti senibina masjid tersebut. Masjid ini secara rasminya dinamakan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu bersempena dengan […]
Ada yang ingat saya cuma hanya cover fotografi untuk majlis-majlis perkahwinan sahaja. Itu tidak benar sama sekali. Saya cover bermacam-macam majlis lain seperti fotografi harijadi, fotografi majlis cukur jambul dan juga fotografi majlis korporat. Untuk posting kali ini saya akan bawakan anda ke majlis makan malam sempena ulangtahun pertama firma […]
Kali ini sekali lagi saya mendapat job fotografi perkahwinan di negeri Melaka. Lokasinya adalah di Alor Gajah bagi majlis bertandang pasangan Armi & Afiza atau Eija. Saya bertolak dari Kuala Lumpur seawal jam 7.00 pagi bagi memastikan saya sampai di Alor Gajah sebelum pukul 10.00 pagi dan juga untuk mengelakkan […]
Baru-baru ini saya berpeluang untuk menghadiri Majlis Makan Malam 2013 Etiqa Insurans yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Majlis ini bertemakan `Rock Solid Cafe’ yang mana Rock Solid merupakan salah satu dari asas penting syarikat tersebut. Bersesuaian dengan tema tersebut kebanyakan para tetamu yang terdiri dari kakitangan syarikat hadir […]