Akad Nikah Hafizah & Farhan di Masjid Besi, Putrajaya
Dalam posting yang lalu ada saya paparkan tentang keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terletak di Putrajaya. Gambar-gambar itu saya rakamkan ketika saya cover fotografi akad nikah Farhan & Hafizah di masjid tersebut.
Hafizah sebenarnya menetap di Bandar Utama tetapi kerana inginkan yang terbaik sanggup travel hampir 50km bagi majlis akad nikah ini. Persiapan di rumah pengantin perempuan bermula seawal jam 7.00 pagi. Ini kerana majlis akad nikah dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi. Sebaik selesai persiapan kami terus bertolak ke Putrajaya. Alhamdulillah keadaan jalanraya begitu lancar kerana masih pagi.
Ruang akad nikah terletak disekeliling dewan solat utama. Pada waktu yang sama saya lihat ada tiga atau empat lagi pasangan pengantin yang akan menikah pada waktu yang sama. Kawasan ini mampu menampung mungkin 4-6 pasangan sekaligus. Ini kerana akad nikah dilakukan dikeliling dewan solat yang boleh dikatakan agak besar.
Apa yang menarik ialah setiap pasangan pengantin disini bersama ahli rombongan mereka akan diberikan ruang mereka sendiri. Di sini mereka dibenarkan untuk membuat persiapan sendiri. Tidak hairanlah jika anda melihat ada yang membawa dekorasi sendiri berupa bunga hiasan untuk menghiasi majlis akad nikah mereka. Bahkan saya lihat ada juga yang membawa pentas (pelamin) kecil untuk akad nikah mereka. Pengantin yang menggunakan kemudahan disini turut disediakan ruang untuk jamuan di kawasan anjung masjid. Di sini pihak katering boleh menyediakan jamuan bagi tetamu.
Pengantin perempuan iaitu Hafizah merupakan adik kepada saudara Hisyam Hasib. Hisyam merupakan pelanggan saya – saya telah menjadi fotografer untuk majlis bertandang beliau di Taman Tun Dr Ismail pada awal tahun 2012. Apa yang menarik bagi keluarga ini ialah tiga dari empat orang anak Encik Hasib mendirikan rumahtangga pada tahun 2012! Tahniah kami ucapkan. Anda boleh lihat posting yang lalu di sini:
Satu perkara yang menarik perhatian saya pada majlis ini adalah sirih junjung dari pihak pengantin lelaki iaitu Farhan. Ianya digubah menjadi Menara Berkembar Petronas (KLCC) lengkap dengan skybridge. Memang kreatif dan pertama kali saya lihat gubahan sedemikian. Bagi pengantin yang sedang mencari idea rekabentuk sirih junjung bolehlah menggunakan idea ini.
Kami juga sempat membuat fotoshoot disekitar kawasan masjid. Walaupun cuaca memang tengah panas terik, terima kasih saya ucapkan kepada pengantin kerana sabar untuk menghabiskan fotoshoot. Selesai sahaja fotoshoot tengahari tersebut kami semua bergegas pulang kerana perlu bersiap untuk majlis resepsi mereka pada malamnya di Taman Tun Dr Ismail.
Di sini saya kongsikan beberapa lagi foto untuk tatapan anda. Jika anda berminat dengan hasil kerja saya dan ingin membuat pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan sila hubungi 017-3749707/016-3937067.