Syafiq & Norhashimah – Outdoor Photoshoot


  • Sumo

Selepas majlis resepsi untuk pasangan pengantin Syafiq & Norhashimah, plan asal kami adalah untuk mengadakan outdoor photoshoot di kawasan Denai Alam. Tetapi setibanya di tempat yang dituju kami dapati ada construction pulak di kawasan tersebut. Terpaksa la pulak memikirkan lokasi alternatif.

Setelah mempertimbangkan pilihan yang ada dan juga jarak lokasi, saya ambil keputusan untuk bawa pengantin ke Bukit SUK, Shah Alam. Ia merupakan port favorite juga shoot pengantin. Setelah drive ke sana lebih kurang 20 minit, hujan la pulak. Terpaksa la tunggu dalam kereta selama hampir 15 minit.

Hujan berhenti. Kami pun memulakan langkah untuk outdoor shoot kami. Oleh kerana keadaan cuaca nampak masih tak menentu saya ambil keputusan untuk meminimakan peralatan. Saya hanya menggunakan satu body, satu lense prime, satu lens zoom dan tidak menggunakan speedlight. Nasib baik saya mengambil keputusan yang betul, baru sempat dua tiga pose, zoooommmmm…. hujan turun semula. Berlarilah kami menuju ke kereta semula.

Tunggu lagi hampir 10 minit. Risau jugak sebab hari dah makin lewat. Tak lama kemudian hujan berhenti. Kali ini langit nampak clear. Saya yakin hujan tak akan turun semula dan decide untuk menggunakan strobe light bagi sesi seterusnya.

Shoot selepas hujan sebenarnya sangat menarik terutama di celah-celah rimbunan pokok. Banyak kesan-kesan kabus selepas hujan yang dapat memberi pemandangan dan backdrop yang cantik untuk gambar. Sempatlah kami shoot selama hampir sejam sebelum maghrib menjelang.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707