Tak Boleh Ambik Gambar Pengantin Tengah Makan


  • Sumo

Baru-baru ni saya ada terbaca satu posting tentang jurugambar yang bertugas langsung tak shoot gambar pengantin tengah makan. Tuan punya job kecewa dan share di facebook perihal kegagalan jurugambar bertugas. Tapi jurugambar yang bertugas pula ada alasan tersendiri.

Katanya: Tak elok ambik gambar pengantin tengah makan; Tengah makan gambar buruk; Muka tak cantik masa mengunyah; Masa menyuap nganga mulut tak manis dalam gambar. Itulah antara beberapa alasan yang sering di dengari.

Ada juga yang minta pendapat saya tentang isu tersebut. Bagi saya tak salah pun nak ambik gambar pengantin tengah makan. Tapi anda haruslah tahu caranya. Jangan main snap je, memang la tak akan dapat gambar yang cantik.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang fotografi perkahwinan ada dua jenis gambar sedang makan yang biasa saya ambil.

Yang pertama ialah candid shot. Ini memerlukan tumpuan yang bagus. Biasanya anda kena standby, prefokus dan tunggu moment-moment terbaik untuk menekan shutter button. Kebarangkalian untuk mendapat gambar cantik dan moment yang baik adalah 1 dalam 10 kot. Jadi untuk candid shot jangan kedekut shutter dan kena rajin standby dan cari shot.

Yang kedua ialah directed shot atau biasanya dipanggil juga staging. Yang ni fotografer kenalah pandai memberi arahan kepada pengantin. “Eh! Dalam etika fotografi tak salah ke staging ni?”, pertanyaan yang saya terima. Amboi! Kita ni bukan nak masuk pertandingan foto. Yang menang bertanding peringkat antarabangsa pun staging dek oi. Yang penting dapat gambar yang kita perlukan untuk diberi pada pelanggan.

Untuk staging moment makan ni biasanya arahan saya simple je. Saya nak pengantin menyuap pasangan mereka, tetapi moment terbaik ialah sebelum makanan masuk ke mulut dan juga selepas sudu ditarik keluar dari mulut. Masa sudu dalam mulut memang la tak lawa. Jadi sebelum menyuap biasanya saya akan menyuruh mereka untuk bergurau senda bagi menampilkan kemesraan dan suasana ceria.

So begitulah alkisahnya macam mana nak menjayakan shoot pengantin tengah makan. Kalau main tekan aje shutter tak kira waktu dan ketika memang la tak dapat gambar.

Jadi sesiapa yang saya pass job wedding lepas ni saya akan suruh mereka baca artikel ni dulu. Bagi faham betul-betul ya.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707