Harijadi Twin Sister – Sharleez & Sofieya (4 Tahun)
Kadang-kadang apabila kita ditimpa kesusahan atau pun sakit, kita mungkin tak nampak hikmah disebaliknya. Kita tak nampak apa perancangan terbaik dari Allah. Itulah yang terjadi pada saya. Kira-kira dua tahun yang lepas saya telah dimasukkan ke Tropicana Medical Center akibat demam viral yang teruk. Saya berada di sana selama tiga hari. Ketika itu saya dirawat oleh Dr Wan Himratul selaku physician dan juga Dr Bala yang merupakan pakar ENT (telinga, hidung dan tekak).
Tahun lepas bapa saya pula dimasukkan ke hospital yang sama dan turut dirawat oleh Dr Wan dan Dr Bala.
Nak tau apa hikmahnya? Semasa berbual-bual dengan Dr Wan timbul cerita tentang persiapan nak buat majlis harijadi anaknya dan beliau agak kesuntukan masa untuk membuat persiapan. Dr Wan tanya jika saya ada kenal mana-mana jurugambar. So, saya pun bagi kad saya – tapi untuk majlis tahun itu (2014) saya tak boleh cover kerana dah fully booked. Ingatkan habis kat situ aje. Rupa-rupanya Dr Wan visit blog saya dan impress dengan hasil kerja saya. Untuk birthday anaknya pada September lalu, awal-awal lagi beliau dah book saya.
Majlis tersebut diadakan di Ikano Power Center (IPC, The Curve Damansara). Lihatlah keseronokan anak-anak semasa majlis tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bagi fotografi majlis harijadi sila hubungi 0173749707 atau 0173937067. Pakej fotografi harijadi kami bermula dari RM790.