Hasil Kerja Fotografi Perkahwinan Saya Masuk Majalah Weh!
Nampaknya bulan Mac 2014 saya amat teruja kerana ada dua perkembangan menarik yang berlaku kepada saya.
Yang pertama ialah apabila editor majalah perkahwinan Ratu Sehari menghubungi saya meminta untuk menyiarkan beberapa keping gambar dari hasil kerja saya untuk dimuatkan dalam majalah tersebut. Foto yang diminta adalah yang berkonsepkan pengantin dan juga pengiring (bridesmaid). Beliau melihat foto-foto tersebut di facebook page saya dan tertarik dengan hasil kerja saya. Alhamdulillah, gembira rasanya bila hasil penat lelah bekerja dengan pasangan pengantin mendapat perhatian. Menurut beliau gambar tersebut adalah untuk feature keluaran ke-19 bertajuk pengantin dan bridesmaid (orang Melayu kata pengiring atau pengapit).
Untuk tujuan penerbitan tersebut saya telah menghantar beberapa keping gambar resolusi tinggi seperti di bawah.
Daripada gambar-gambar tersebut dua keping telah dipilih untuk dimuatkan dalam majalah Ratu Sehari edisi 19. Segeralah dapatkan nashkah majalah tersebut dipasaran. Bagi pasangan pengantin ada banyak panduan untuk anda sebagai persediaan hari perkahwinan anda dalam majalah tersebut. Ada fotografi perkahwinan, ada butik pengantin, pelamin, katering, dewan dan lokasi perkahwinan, fesyen, jurusolek perkahwinan dan lain-lain lagi.
Bagi anda yang masih mencari jurugambar perkahwinan anda boleh hubungi kami di 017-3749707 atau 016-3937067. Whatsapp pun boleh. Selain itu anda boleh melihat hasil kerja kami di facebook page dan juga di blog ini.
Ok, sebelum tutup cerita. yang ini perkembangan pertama. Apa pula perkembangan kedua? Tungguuuu… dalam posting akan datang.