Fotografi Perkahwinan – Promosi Hari Raya
Diam tak diam sekejap saja dah hampir separuh jalan Ramadhan kali ini. Tentunya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Disamping itu dengarnya ramai juga yang akan melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya. Ada yang telah menghubungi saya untuk tempahan fotografi perkahwinan seawall hari raya kedua. Tapi maaf banyak-banyak sebab saya tak dapat nak ambil job anda. Bukan menyombong, cuma saya memang biasanya akan mengambil kesempatan untuk berehat dalam seminggu aidilfitri.
Seperti di tahun lepas saya memang tidak ketinggalan menawarkan pakej fotografi pada harga diskaun untuk musim perayaan. Ini namanya `Sale Raya’. Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan, tak kira bila tarikh majlis anda, inilah peluang terbaik untuk mendapatkan pakej fotografi perkahwinan pada harga yang terbaik.
Apa yang menarik untuk promosi ini kami bekerjasama dengan seorang jurusolek dengan hasil kerja terbaik. Beliau bukan sahaja jurusolek, malahan juga adalah instructor di sebuah akademi kecantikan terkenal di Lembah Kelang. Jadi memang hampir setiap hari bermain dengan alat solek dan amat memahami selok belok persolekan. Hasilnya memang memuaskan. Anda boleh melihat hasil kerja beliau di facebook page Naziema Cantik D’Touch.
Pakej yang kami tawarkan untuk promosi adalah merupakan pakej dua majlis iaitu untuk Akad Nikah & Resepsi. Kami menawarkan pakej fotografi beserta dengan solekan untuk kedua-dua majlis. Turut ditawarkan adalah fotoshoot outdoor secara percuma. Satu lagi bonus yang julung-julung kali kami perkenalkan adalah jurusolek akan stand-by sehingga selesai fotoshoot. Ini penting untuk touch-up solekan mahupun memperbetulkan busana pengantin.
Apa tunggu lagi? Rebutlah peluang ini sementara slot masih ada. Tawaran ini hanya dibuka untuk tempahan sehingga 17 Ogos 2013 sahaja.Hubungi kami di 017-3749707 (call/sms/whatsapp/kakaotalk(call/sms/whatsapp/kakaotalk) atau e-mail nikhamidi@gmail.com untuk tempahan dan pertanyaan.