Perkahwinan The Red Warrior & The Red Giant – Faisal & Nadia
Wah! Ni pasal perkahwinan atau pasal bola ni? Haha.. sudah tentulah tentang fotografi majlis perkahwinan. Ini kan blog fotografi dan juga perkahwinan. Nak cerita pasal bola bukannya tak pandai tapi nanti lari topik.
Nadia ni masa nak buat tempahan untuk fotografi majlis perkahwinannya saya telah pun punggah 3-4 album ke rumah orang tua beliau di Taman Koperasi Polis. Nasib baik saya agak familiar dengan kawasan tersebut jadi takde masalah nak mencari rumahnya. Sesampai saja di rumahnya saya ternampak wajah-wajah yang biasa saya tengok. Laa.. rupanya mak Nadia ni pernah bekerja satu pejabat dengan saya. Tak sangka dah ada menantu rupanya Kak Salmah ni.
Jadinya, objektif asal nak tengok contoh album perkahwinan tenggelam seketika. Dah jadi topik bertanya khabar, bercerita tentang ofismate lama dan sebagainya. Hampir sejam jugak saya di sana, dan alhamdulillah akhirnya mereka bersetuju untuk menempah pakej dua majlis.
Err… apa kena mengenanya topik The Red Giant & The Red Warrior dengan apa yang saya bebelkan di atas ya?? Haha.. sebenarnya tu cuma retoriknya aje. Faisal ni orang Kelantan. Slang Kelantannya memang susah nak hilang tuu.. Nadia pulak orang Selangor/KL. Lepas kahwin Nadia kena la belajar masakan Kelantan, kena belajar make budu, kena belajar masak ikan singgang, nasi kerabu, nasi berlauk dan lain-lain lagi. Slurpp…
Ok. Cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja – lebih baik kita layan foto majlis perkahwinan mereka.

Foto ini di ambil di butik pengantin selepas Nadia makeup untuk majlis akad nikah. Saya sukakan suasana dan pencahayaannya. Nampak elegen.

Outdoor pada hari persandigan – di belakang Dewan Serbaguna Taman Kopersai Polis. Situ pun okay maaa..

Extra outdoor photoshoot. Sesi ini diadakan dua minggu selepas majlis persandingan. Lokasinya di taman sekitar Tugu Negara.