Fotografi Perkahwinan – Nurul Ain & Hasbullah


  • Sumo

Kali ini saya ingin memaparkan pula fotografi untuk majlis bertandang pasangan Hasbullah & Nurul Ain. Majlis ini sebenarnya telah agak lama diadakan tetapi hanya sekarang saya sempat postkan tentang majlis ini.

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Taman Koperasi Polis. Seingat saya telah lima kali saya mendapat assignment fotografi perkahwinan di sini sejak menjadi jurugambar perkahwinan.

Untuk majlis hari ini pasangan pengantin memilih warna ungu sebagai warna utama mereka. Pengantin lelaki memadankan sepasang baju ungu dengan sampin dan tanjak berwarna silver. Pengantin perempuan pula memadankan pakaian ungu dengan motif bunga silver dan ungu cair. Menarik adunan warnanya. Pelamin pula menggunakan kerusi dan frame putih manakala kain latarnya pula berwarna ungu cair dan light pink. Pasangan pengapit dan juga flower girl pula mengenakan pakaian serba putih bagi melengkapkan adunan warna yang dipilih.

Untuk outdoor photoshoot pula saya telah memilih kawasan sekitar Stesen Keretapi Kuala Lumpur sebagai lokasi kami. Boleh dikatakan favorite spot saya lah jugak ni. Satu perkara yang saya tak boleh lupakan ialah semasa saya hendak membuat photoshoot di atas tangga skru (spiral) di bangunan stesen keretapi. Ketika itu saya naik ke bahagian atas untuk mencari sudut yang sesuai. Terkejut beruk saya bila terlihat di bahagian atas tangga tersebut terdapat dua orang pemuda dalam keadaan yang tidak terurus tinggal di situ. Terdapat beberapa helai pakaian serta kotak sebagai alas tidur. Melihat keadaan tempat tersebut memang sahlah ianya menjadi sarang penagih dadah.

Agak hairan juga saya bagaimana kawasan tersebut dikawal sehingga penagih dadah boleh bersarang di situ. Apakah pihak KTMB tidak pernah membuat selanggaraan atau pun tiada rondaan dan kawalan di sekitar bangunan. Saya harap pihak pengurusan KTMB mengambil berat akan hal ini.

Baiklah, di sini saya kongsikan beberapa hasil dari fotografi pada hari tersebut. Jika anda sukakan hasil kerja ini dan mahukan kami meliputi majlis perkahwinan anda dapatkan pakej fotografi perkahwinan terbaik dari kami. Sila hubungi saya di 017-3749707 / 016-3937067. Anda juga digalakkan untuk berkongsi blog ini dengan rakan-rakan melalui butang perkongsian di page ini.

IMG_2117 edit

IMG_2138 edit

IMG_3211 edit

IMG_2148 edit

IMG_3398 edit

IMG_3425 edit

IMG_2244 edit

IMG_3445 edit

IMG_3476 edit

IMG_3486 edit

IMG_2281 edit

IMG_2284 edit

IMG_3505 edit