Warna Pengantin
Ini kali kedua nampaknya saya menulis tentang warna pengantin atau pun warna majlis perkahwinan. Beberapa hari lepas saya ada menulis tentang warna tema pengantin. Walau pun saya ni bukanlah fashion designer tetapi saya cukup gembira menulis tentang hal-hal yang dapat membantu bakal-bakal pengantin dalam membuat persiapan majlis perkahwinan mereka. Bila saya tengok statistik visitor yang semakin meningkat dan sukakan topik-topik tersebut, membuatkan saya semakin bersemangat untuk membantu anda. Anda juga boleh membantu rakan-rakan anda yang akan berkahwin dengan berkongsi artikel-artikel dalam blog saya dengan mereka.
Nak kongsi cuma tekan link share ke facebook atau twitter atau apa-apa sahaja yang terdapat pada tool button di atas dan bawah artikel ini. Satu lagi cara ialah anda boleh copy URL artikel ini dan pastekan di facebook atau twitter anda. Mudah sajakan nak bantu rakan-rakan anda membaca artikel ini.
Now, berbalik kepada tajuk di atas, hari ini nak cerita lagi tentang warna majlis perkahwinan.
Sebagaimana yang kita tahu, warna merupakan perkara penting yang perlu diambil berat dalam sesebuah majlis perkahwinan. Menentukan warna tema adalah penting supaya warna nampak senada dan secara tak langsung sesebuah majlis perkahwinan akan nampak teratur. Tanpa warna yang sekata, suasana akan kelihatan kelam-kabut.
Apabila sudah menentukan warna tema, ini tidak bermakna semua benda perlu dalam warna yang sama sahaja. Jika semuanya berwarna sama majlis akan kelihatan stereotype la pulak kan? Di sinilah perlunya kebijaksanaan pereka – jururancang perkahwinan, pereka pelamin dan hiasan serta pereka fesyen untuk memasukkan dan memadankan unsur-unsur warna lain ke dalam tema.
Contohnya ialah warna pakaian pengantin itu sendiri – warna pakaian pengantin tidak semestinya sama dengan warna tema perkahwinan itu. Jika tema perkahwinan ialah maroon (merah hati), pengantin boleh memilih untuk mengenakan pakaian berwarna merah pudar, silver, gray, putih dan macam-macam lagi. Anda boleh dapatkan nasihat pereka fesyen anda untuk mendapatkan warna yang bersesuaian dan padan dengan tema. Apa yang penting ialah warna pakaian haruslah sesuai dengan bentuk badan pengantin dan juga warna kulit. Secara dasarnya, orang yang berbadan besar dan gempal digalakkan memakai warna gelap supaya kelihatan kurus. Mereka yang kurus pula lebih sesuai berpakaian warna cerah. Warna putih akan menampakkan anda lebih besar, manakala warna gelap akan menampakkan anda lebih kurus.
Dalam sesuatu majlis perkahwinan, pengantin merupakan titik fokal dalam majlis itu. Segalanya tertumpu kepada mereka. Maka itu pengantin perlulah mengenakan warna persalinan yang berbeza dari tetamu-tetamu lain. Jika semuanya memakai pakaian yang sama warna tentulah dah jadi macam majlis pakaian seragam pulak. Nanti orang nak cari pengantin pun tak jumpa sebab semua sama warna.
So, untuk bakal-bakal pengantin bolehlah renung-renungkan apa yang saya tuliskan di atas sebagai panduan. Selamat membuat persiapan dan memilih warna tema perkahwinan anda.
Dan seperti biasa saya akhiri tulisan (err..taipan sebenarnya) dengan berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.
Dalam majlis ini pengantin memilih pelamin dengan warna tema pink dan kuning. Pengapit juga memakai pakaian pink. Pengantin pula mengenakan pakaian silver. Satu kombinasi yang bijak.
Dalam majlis ini pula temanya adalah putih/krim. Pelamin menggunakan warna putih manakala kaum keluarga pula mengenakan pakaian krim cair. Sekali kali kita lihat pengantin memilih warna berlainan iaitu turqois untuk membezakannya dengan yang lain.
Pengantin kelihatan outstanding dengan pakaian silver berlatarkan tema purple.
Saya amat mengalu-alukan komen dan pendapat anda. Sila tinggalkan komen anda di bawah.