Share this on WhatsAppSemasa membuat fotografi perkahwinan Saiful & Ainoor di Senawang saya turut berkesempatan meneliti persiapan yang dilakukan oleh mereka di rumah pengantin. Nampaknya mereka amat teliti dalam membuat persiapan baik dari segi warna, hiasan dan juga kelengkapan dihari perkahwinan mereka. Pada malam akad nikah mereka menggunakan pelamin […]
Share this on WhatsAppIni adalah liputan hari kedua saya di Senawang sebagai jurugambar majlis perkahwinan antara Saiful Hisham & Ainoor. Majlis sepertimana juga akad nikah pada hari sebelumnya diadakan di rumah pengantin perempuan. Mengekalkan jurusolek yang sama, pada hari ini kedua mempelai mengenakan warna tema pastel – baju dengan […]
Share this on WhatsAppKali ini saya ingin berkongsi pula dengan anda semua gambar-gambar dari majlis akad nikah Saiful Hisham & Ainoor yang saya liputi di Seremban pada awal Mei 2012. Jika anda ada mengikuti posting saya baru-baru ini tentang Hotel Sri Senawang, saya sebenarnya tinggal di sana untuk majlis inilah. […]
Share this on WhatsAppInai disapu di jari tandanya mesra Memberitahu hai dikau sudah berpunya Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna Di jari manisnya tersarung cincin permata Itulah antara lirik lagu Inai di Jari yang pernah dipopularkan oleh penyanyi 60an S. Jibeng. Lagu tersebut begitu sinonim dengan majlis perkahwinan. […]
Share this on WhatsAppPada awal Mei baru-baru ini saya berkesempatan ke Senawang untuk satu tugasan fotografi perkahwinan. Senawang terletak kira-kira 7 km dari Seremban. Senawang merupakan satu kawasan perindustrian dengan kawasan Perindustrian Ringan Tuanku Jaafar menjadi nadi kepada Senawang. Ia juga mempunyai banyak taman-taman perumahan. Antaranya ialah Taman Matahari […]
Share this on WhatsAppDi dalam sesuatu upacara akad nikah atau ijab kabul seperkara yang wajib diadakan dari segi hukum syarak adalah mas kahwin. Mas kahwin merupakan pemberian dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa akad nikah dijalankan. Mas kahwin hendaklah dilunaskan dalam bentuk samada wang tunai, hutang, cagaran atau sesuatu […]
Share this on WhatsApp Dalam beberapa hari lagi banyaklah majlis-majlis perkahwinan yang akan diadakan dimerata-rata tempat. Bagi yang telah menerima jemputan tu diharap dapatlah memenuhi undangan rakan-rakan dan juga saudara-mara. Kehadiran anda ke majlis mereka sesungguhnya amatlah diharapkan. Bagi yang ada hal lain dan tak dapat hadir apa salahnya […]
Share this on WhatsAppGempak tak title tu? Saja je bagi gempak-gempak sikit sempena menyambut ahli baru dalam himpunan senjata fotografi saya. Setelah lebih 3 tahun bersenjatakan Canon EOS 50D akhirnya saya mendapatkan Canon EOS 7D pula. Ianya bukanlah model baru. Sudah agak lama berada di pasaran tetapi masih tetap […]
Share this on WhatsApp Semasa saya melakukan tugasan fotografi untuk majlis pertunangan Norehan di Gopeng baru-baru ni satu perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang banyaknya jumlah hantaran daripada pihak perempuan. Lalu saya pun cuba-cubalah bertanya nak dapatkan kepastian berapa jumlah hantaran yang akan diberi. Jawapan yang saya dapat […]
Share this on WhatsAppMajlis pertunangan Norehan & Azam menutup tirai fotografi saya untuk bulan April 2012. Majlis telah diadakan di Kampung Gunung Panjang, Gopeng, Perak. Bagi yang tidak tahu, Kg Gunung Panjang ini terletak berhampiran dengan Gua Tempurung. Untuk informasi tentang Gua Tempurung sila lawati laman web Gua Tempurung. […]