© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Suasana Majlis Perkahwinan Semasa Wabak Covid19


  • Sumo

Dalam posting yang lepas saya ada kongsikan tentang SOP untuk mengadakan majlis perkahwinan dan keraian disepanjang tempoh PKPP. Kali ini saya ingin berkongsi gambar-gambar dari majlis sepanjang PKPP yang sempat saya ambil sebelum majlis sosial di Selangor tidak dibenarkan semula akibat peningkatan wabak Covid19 di negeri Selangor.

Banyak syarat-syarat yang harus diikuti oleh penganjur majlis bagi memastikan segala SOP diikuti. Para tetamu juga diharap dapat menghormati majlis dengan memastikan mereka mengikut SOP yang ditetapkan. Kegagalan mengikut SOP bukan sahaja boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan diri dan juga orang lain, malahan boleh mengakibatkan denda terhadap tuan rumah, tuan punya lokasi majlis dan juga diri sendiri.

Antara perkara asas yang perlu dititikberatkan ialah papan tanda atau notis yang mencukupi, hand sanitizer, wajib memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, pengimbas suhu, buku daftar tetamu dan juga barcode. Ada juga lokasi-lokasi perkahwinan yang mengambil langkah tambahan seperti penyediaan sarung tangan untuk mengambil makanan dan juga menyediakan tag nombor bagi mengawal jumlah tetamu pada setiap masa.

Semoga langkah-langkah ini dapat membantu memutuskan rantaian Covid19.

“Kita Jaga Kita”

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707