© Copyright 2016
NikHamidi Photography

19 Tarikh Menarik Untuk Majlis Perkahwinan 2021


  • Sumo

Tak lama saja lagi 2020 bakal meninggalkan kita. Tahun yang sepatutnya menjadi tahun yang gemilang. Wawasan 2020 sepatutnya direalisasikan. Kereta terbang, manusia boleh terbang, kehidupan serba canggih. Nak ke mana-mana pun boleh – terbang ke sana , terbang ke sini. Tapi akhirnya kita terpaksa duduk di rumah sahaja. Berbulan-bulan kehidupan kita terbuang angkara Covid19. Nak ke mana-mana terpaksa memakai pelitup muka, pergaulan terpaksa dihadkan.

Yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan di tahun 2020 pun segalanya menjadi kelam-kabut. Yang dah book tarikh cantik-cantik ada yang terpaksa ditunda. Malahan khabarnya ada juga yang terus tak jadi kahwin. Itu memang malang. Malahan perkhidmatan perniagaan berkaitan perkahwinan seperti katering, kanopi, dewan, andaman, jurugambar perkahwinan dan sebagainya juga turut menerima bukan sahaja tempias malahan ibarat dilanda ombak pun ada. Banyak tempahan terpaksa dibatalkan atau ditunda. Nak plan dan buat marketing pun susah. Sama-samalah kita berdoa semoga pandemik Covid19 ini cepat hilang. Sama-samalah kita berdoa untuk mendapatkan kembali kehidupan normal kita. Semoga norma baharu ini sementara sahaja.

Semoga tahun 2021 membawa sinar untuk kita semua. Semoga tiada lagi pandemik ini dan kita dapat merancang kehidupan dengan lebih baik dan teratur. Bagi bakal pengantin tahun 2021 semoga anda dapat merancang tarikh perkahwinan anda kelak dan tiada lagi gangguan Covid19 yang menyebabkan PKP.

Bagi anda yang masih mencari-cari tarikh untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2021, di sini saya kongsikan 19 tarikh menarik bagi anda. Semoga anda dapat merancang sebaik-baiknya. Bagi yang telah menetapkan tarikh, jangan lupa menempah pakej fotografi perkahwinan dari NikHamidi Photography.

19 Tarikh Menarik Untuk Perkahwinan 2021

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707