© Copyright 2016
NikHamidi Photography

SOP Am Penganjuran Majlis Sosial PKPP


  • Sumo

Apabila pandemik Covid19 melanda dunia, negara kita tidak terkecuali menerima kesan dari penyebaran penyakit tersebut. Ianya telah merubah sama sekali cara dan gaya hidup kita. Aktiviti pekerjaan, sukan serta sosial turut terkesan. Majlis sosial seperti majlis perkahwinan, keraian dan juga harijadi pada asalnya tidak dibenarkan ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Ianya mula dibenarkan kembali dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun begitu penganjur majlis dan juga tetamu perlu mengambil maklum dan mematuhi syarat-syarat ketat yang diperkenalkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). SOp yang diperkenalkan dan dikemaskini pada 6 Ogos 2020 itu merangkumi penganjuran majlis Kenduri, Perkahwinan, Pertunangan, Akikah, Doa Selamat, Tahlil, Ulangtahun, Harijadi, Reunion dan lain-lain majlis sosial.

Sila rujuk perkara-perkara yang dilarang seperti berikut:

  1. Majlis tidak dibenarkan sekiranya terdapat kesukaran untuk mengawal keadaan dimana terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal perilaku.
  2. Hidangan secara buffet tidak dibenarkan
  3. Meniup lilin tidak dibenarkan
  4. Penganjuran di kawasan PKPD tidak dibenarkan
  5. PUI/PUS tidak dibenarkan hadir.

Tempoh penganjuran majlis pula dihadkan kepada 3 hingga 5 jam. Jumlah kehadiran tetamu pula adalah mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal.

Bagi jurugambar pula sila ambil maklum bahawa sesi fotografi adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal pada satu-satu masa dan dikendalikan oleh individu yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Bagi jurugambar dari team kami, SOP tambahan adalah kami tidak dapat menerima handphone untuk membantu mengambil gambar tetamu. Harap maaf atas sebarang kesulitan.

Untuk maklumat lebih lengkap boleh rujuk kepada lampiran SOP dari Majlis Keselamatan Negara seperi berikut:

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707