© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Hafiz & Najwa di Istana Budaya


  • Sumo

Senibina Istana Budaya atau ringkasnya IB tidak dapat dinafikan keindahannya. Begitu juga dengan teknologi pentasnya yang bertaraf dunia. Semenjak ia dibuka baru 3 kali saya berpeluang masuk ke situ iaitu menonton konsert Wings, konsert Search dan juga teater musikal Siti Di Alam Fantasi. Memang canggih.

Untuk posting kali ini kita tak masuk ke dalam IB. Cuma sekadar di pinggiran sahaja. Outdoor photoshoot kali ini dilakukan oleh jurugambar kami sebaik selesai majlis resepsi di Wisma Sejarah yang terletak berhampiran dengan IB di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pada hari tersebut melibatkan dua pasangan pengantin adik-beradik. Saya handle fotografi untuk kakaknya dan seorang lagi jurugambar ditugaskan untuk pasangan Hafiz & Najwa.

Cuaca memang kurang baik hari itu kerana hujan. Namun begitu alhamdulillah kami dapat menyelesaikan tugasan dengan jayanya.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707