© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Majlis Resepsi Syafiq & Norhashimah


  • Sumo

Tarikh: Feb 2019
Lokasi: Bukit Jelutong, Shah Alam

Dalam sesebuah majlis perkahwinan atau persandingan jurugambar janganlah hanya tertumpu kepada pengantin semata-mata. Sebenarnya ada begitu banyak subjek menarik yang boleh diabadikan melalui kamera. Bukan semua gambar tersebut akan dimasukkan ke dalam album perkahwinan, namun setidak-tidaknya kita dapat memberi softcopy kepada pengantin. Dapatlah pengantin menyimpan kenangan mereka nanti – pelamin, meja buku tetamu, meja hidangan utama, menu pengantin dan sebagainya. Kadang-kadang perkara sebegini nampak remeh tapi haruslah diingat jurugambar dibayar untuk mengabadikan majlis persandingan yang sudah tentunya termasuk dengan segala perkara berkaitan.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707