© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Majlis Perkahwinan Pegawai Tentera


  • Sumo

Biasanya majlis perkahwinan pegawai tentera atau pun polis begitu menarik minat tetamu yang hadir. Ini kerana terdapat kelainan pada majlis mereka. Antara perkara yang akan kita temui pada majlis perkahwinan pegawai tentera atau pegawai polis adalah:

  1. Memakai uniform – kebiasaan yang saya lihat pengantin lelaki yang merupakan anggota pasukan akan memakai pakaian tradisi ketenteraan atau polis berwarna putih.  Pengantin perempuan pula kebiasaannya akan memakai warna baju yang komplimen warna pengantin lelaki – putih, kelabu, kuning cair, krim dan sebagainya. Ini juga bergantung kepada warna pelamin.
  2. Archs of Sword Ceremony – Ini merupakan upacara yang mana sepasukan biasanya 6 orang atau paling ramai 12 orang ahli pasukan akan beratur di kiri kanan jalan pengantin dengan memegang pedang. Mereka ini digelar sword bearers. Sword bearers mestilah sama pangkat atau lebih rendah pangkatnya dari pengantin. Mereka akan mengangkat pedang ke atas bagi membentuk seakan gerbang dengan hujung pedang mereka akan menyentuh hujung pedang ahli pasukan yang berhadapan. Setelah pengantin melalui gerbang, pembawa pedang akan berpusing kehadapan dan pedang diletakkan ke bahu kanan. Mereka akan berjalan di belakang pasangan pengantin dalam dua barisan.
  3. Memotong Kek Perkahwinan – Upacara memotong kek juga ada cara tersendiri bagi pegawai  tentera atau polis. Anggota pasukan akan membentuk barisan dan megangkat tinggi pedang mereka. Pengantin lelaki akan memegang pedang bersama pengantin perempuan. Anggota yang lain juga akan mengangkat pedang ke atas dan hujung setiap pedang akan bertemu. Pedang akan diturunkan perlahan-lahan dan pasangan pengantin akan meletakkan pedang di atas kek untuk memotongnya.

Memang perkahwinan anggota tentera dan polis sangat menarik. Itu belum lagi termasuk dengan muzik iringan – dalam majlis ini pengantin diarak masuk dengan iringan bagpipe.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707