© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Off Camera Flash


  • Sumo

Biasanya untuk shoot majlis perkahwinan saya cuma membawa satu light stand. Itupun biasanya cuma digunakan untuk outdoor photoshoot sahaja. Di lokasi perkahwinan seperti di dewan mahupun rumah saya biasanya hanya menggunakan on camera speedlight. Ini adalah bagi memudahkan dan mempercepatkan pergerakan. Maklumlah kalau shoot wedding ni kita tak ada banyak masa untuk plan kerana perlu mengikut flow majlis dan flow majlis pula biasanya berubah-ubah.

Baru-baru ni saya ada shoot wedding di Lepar 4. Jauh jugak tu. Dari KL adalah dalam 3 jam setengah. Selepas subuh saya dah bertolak. Semasa mengisi barang-barang ke dalam kereta tiba-tiba hati saya tergerak nak bawa dua light stand. Tak pasti pula kenapa. Rupa-rupanya ia keputusan yang sangat tepat walaupun  tak dirancang.

Saya sampai di rumah pengantin agak awal juga. Jadi saya sempatlah meninjau keadaan pelamin. Wah! mencabar jugak. Pelamin cantik. Cuma kedudukannya agak mencabar. Diletakkan di satu sudut yang tak memungkinkan saya untuk bounce light ke siling. Ini kerana terdapat halangan di bahagian depan. Maka kalau bounce ke siling cahaya tak akan sampai ke pelamin. Kalau nak tembak direct rasanya kurang cantik. Nak guna speedlight reflector pula saya bukanlah penggemar reflector.

Oleh kerana ada cukup masa untuk test saya ambil keputusan untuk setup dua speedlight di kiri dan kanan pelamin. Satu speedlight Godox v860 dan sebelah lagi Canon 580EX II.   Takpelah lain sebelah pun. Speedlight ini dikawal oleh set YongNuo 622C. Apa yang anda nampak dalam gambar bukan kedudukan sebenar speedlight. Ia terpaksa diletakkan di situ dulu sebab ramai anak-anak berlari-lari. Kang terbarai pulak speedlight aku. Untuk actual shooting, saya tarik speedlight dalam tiga kaki kebelakang dengan kedudukan agak ketengah sedikit bagi mengurangkan shadow dan juga mendapatkan cahaya yang sekata.

Kalau shoot begini, satu kelemahannya ialah banyaklah bateri nak kena guna. Kat trigger 2 biji, setiap receiver 2 biji, speedlight Canon 4 biji. Mujur juga Godox v860 menggunakan bateri Lithium Ion. Tapi takpe. Biar keluar duit lebih sikit, setting penat sikit asal pelanggan puas hati. Hati kita pun senang ye tak?

Itulah saja perkongsian saya untuk kali ini.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707 atau 0163937067.