© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Sheila Majid in The House


  • Sumo

Baru-baru ini saya berpeluang cover satu majlis anjuran Malaysia Petroleum Club bertempat di Kuala Lumpur Convention Center. Majlis yang dinamakan Oilmen Gala Night dengan tema 007 James Bond.

Highlight pada malam tersebut sudah semestinya persembahan dari artis jemputan. Yang bestnya artis yang dijemput merupakan penyanyi kegemaran saya iaitu Sheila Majid. Kali pertama saya tengok Sheila Majid adalah dalam satu showcase di Central Market sekitar tahun 1988, kalau tak silap ketika baru release albumWarna. Selepas itu saya juga berpeluang menonton Konsert Lagenda pada tahun 1991 di Stadium Negara. Selepas 30 tahun Sheila tak banyak berubah. Tak dimakan usia.

Persembahannya pun masih mantap. Vokal macam dalam kaset jugak! Dan seperti biasa, ratu jazz Malaysia ini bijak berkomunikasi dengan penonton.

Terimakasih kepada Radzi Zin, pemilik Creativepuff kerana menggunakan khidmat saya sebagai jurugambar untuk majlis tersebut.