Senibina dan Fotografi Perkahwinan


  • Sumo

Dalam kita mengambil gambar perkahwinan, tak kiralah akad nikah mahupun majlis resepsi pastinya latar belakang turut memainkan peranan penting dalam mencorakkan gambar yang terhasil. Latar belakang terbentuk dari pelbagai elemen. Ada alam semulajadi, ada persekitaran yang sesak, ada orang ramai, ada lautan dan macam-macam lagi. Ada juga yang suka latarbelakang yang simple atau minimal – kosong. Dalam posting kali ini saya ingin menampilkan hasil karya dengan berlatarbelakangkan senibina.

Satu hasil kerja yang bijak dari jurugambar saya yang bertugas untuk majlis akad nikah antara Fadya & Tasriq iaitu saudara Zizo. Majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya atau juga dikenali sebagai Masjid Besi. Masjid ini memang terkenal dengan senibinanya yang sangat cantik. Maka tidak hairanlah ramai pengantin yang mendaftar untuk majlis akad nikah mereka diadakan di sini.

Untuk hasil kerja kali ini, jurugambar saya banyak menggunakan elemen geometri dan simetri. Beliau bijak menggunakan bentuk kerangka arc di dalam masjid. Ia digabungkan pula dengan lantai marble yang memberikan imej umpama biasan air. 5 bintang saya bagi untuk tugasan beliau kali ini. Good job bro!

Awas! Jangan cilok fotografer gua ya. Hahhaa..

Pengantin: Fadya & Tasriq

Lokasi: Putrajaya

Jurugambar: Zizo

Editor: Nik Hamidi

Wedding planner: Azue Bridal

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC