© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Sekali Lagi Shoot Anak Encik Hisham Kahwin


  • Sumo

Dulu pada bulan Januari 2015 saya ada shoot untuk majlis akad nikah dan resepsi bagi dua orang anak Encik Hisham – iaitu pasangan Dr Hidayah & Dr Afnan serta Faris & Athirah. Majlis resepsi mereka telah diadakan serentak di Dewan RRIM, Sg Buloh. Kemudian pada awal 2016, Encik Hisham contact saya semula menyatakan kini giliran kembar Dr Hidayah pula iaitu Dr Syuhada akan mendirikan rumahtangga. Tarikh yang diberikan pada saya ketika itu ialah pada Oktober 2016. Encik Hisham kata, “Nak book awal-awal. Bagi settle semua arrangement senang kerja”.

Bertuah anak-anak Encik Hisham dan isteri sebab beliau begitu mengambil berat tentang persediaan majlis. Untuk fotografi perkahwinan ini, dari majlis tahun 2015 lagi Encik Hisham datang sendiri ke rumah saya tengok sample album, hasil kerja saya serta berbincang tentang pakej. Untuk majlis Dr Syuhada & Dr Hazim ni since Encik Hisham dah tau hasil kerja saya dia cuma call dan book sahaja. Terima kasih atas kepercayaan sekali lagi untuk kami cover majlis anak beliau.

Alhamdulillah bijak-bijak anak beliau. Yang kembar perempuan kedua-duanya doktor.  Dapat suami pun dua-dua doktor.

Majlis akad nikah telah diadakan di rumah manakala majlis resepsi diadakan sehari selepas itu.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.