© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Melompat di Hari Jadi


  • Sumo

Bila sebut majlis harijadi biasanya kita akan membayangkan satu suasana kawan-kawan datang bawa hadiah, mingle around disulami dengan game. Bagi yang ada bajet lebih sikit bolehlah dapatkan badut buat persembahan dan magic show. Highlightnya adalah upacara memotong kek dan tiup lilin.

Namun sekarang dah ada banyak pilihan untuk meraikan harijadi anak-anak anda. Salah satu darinya ialah mengadakan sambutan harijadi di Jumpstreet Asia, Petaling Jaya. Kali ini saya dibawa ke sini untuk merakamkan foto majlis harijadi tiga beradik iaitu Serena, Sharliz dan juga Sofea. Ini merupakan kali yang kedua saya diamanahkan untuk menjadi jurugambar majlis harijadi mereka. (anda boleh lihat foto dari majlis harijadi mereka yang lepas di Ikano, Damansara di sini).

Ia merupakan sebuah trampoline park yang menyediakan aktiviti trampolin bukan saja untuk anak-anak bahkan juga orang dewasa. Bila buat majlis harijadi di sini anak-anak pasti gembira bermain di atas trampolin dengan rakan-rakan. Bagi tujuan keselamatan ada pembantu terlatih yang akan menjaga dan memantau anak-anak ini mengikut kumpulan.

Anak-anak akan dibawa ke beberapa aktiviti trampolin yang berbeza-beza dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Untuk acara memotong kek dan makan-makan pula ada bilik khas yang disediakan untuk tujuan ini.

Jom tengok gambar!

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.