© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Majlis Resepsi 2 – Dr Aina & Dr Ibrahim


  • Sumo

Majlis resepsi kali kedua untuk pasangan Dr Aina dan Dr Ibrahim telah diadakan di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya. Majlis berlangsung meriah di Ballroom kelab golf tersebut dengan dihadiri ramai tetamu.

Untuk majlis resepsi ini pengantin lelaki mengenakan sepasang suit berwarna hitam lengkap dengan bowtie manakala pengantin perempuan mengenakan gaun kembang berwarna peach keemasan.

Disamping dihidangkan dengan makanan yang lazat, tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan dari Saleem iaitu bekas penyanyi utama kumpulan Iklim. Memang sedap sungguh suara dia menyanyi live.

Kombinasi warna set dewan, pelamin serta warna pakaian pengantin dan dayang-dayang sangat menarik – kombinasi peach keemasan dan ungu. Memang nampak superb dalam gambar. Dan sekali lagi lighting di dalam ballroom dan pelamin begitu baik sekali untuk penghasilan foto-foto yang cantik.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.