Di Belakang Tabir Bekerja Dengan Model Kanak-kanak


  • Sumo

Dalam posting yang lepas ada saya paparkan tentang photoshoot untuk tudung kanak-kanak – Tudungsafiyah. Kelihatan cantik dan comel anak-anak itu kan? Itu apa yang anda lihat bila hasilnya dah siap. Namun begitu ada banyak kisah di belakang tabir yang anda tak tahu. Photoshoot untuk  kanak-kanak tidak sama dengan untuk orang dewasa. Ada banyak perkara yang kita perlu tahu, pelajari dan fahami.

Bagi saya pengalaman mengadakan photoshoot untuk kanak-kanak merupakan satu proses pembelajaran yang amat berguna. Bolehlah dikatakan job kali ini adalah 2-in-1 iaitu shoot produk/fesyen dan juga shoot kanak-kanak. Perkara yang utama sekali sudah tentulah kanak-kanak ini ditemani oleh ibubapa mereka. Siapa lagi yang akan faham kerenah mereka selain ibubapa kan. Yang lebih menarik, datuk dan nenek mereka pun turut datang memberikan sokongan.

Lain kanak-kanak lain kerenahnya. Menurut Puan Niza, anaknya Nasuha memang suka bergambar. Tapi memandangkan inilah kali pertama dia bertemu saya, minat untuk bergambar tersebut macam terpendam agaknya. Dia kelihatan malu atau mungkin kurang selesa dengan orang asing. Kami ambik masa juga untuk memujuk dan mendapatkan moodnya. Saya terpaksa minta bantuan Puan Niza untuk berdiri di tempat yang saya nak shoot bagi mendapatkan lighting dan setup yang sesuai. Bila kami berjaya memujuk Nasuha senanglah kerja saya sebab setup semua dah cun. Tapi saya perlu shoot dengan cepat sebab budak-budak ni biasanya mood swingnya cepat.

Berbeza dengan Nasuha, adiknya Safiyah lebih mudah memberi kerjasama. Cuma Safiyah ni wajahnya agak serius. Untuk mendapatkan mood wajah yang ceria terpaksalah ibu dan ayahnya bermain-main dengannya. Safiyah juga mudah ketawa bila dipanggil oleh datuknya.

Kami juga terpaksa distract kanak-kanak ini dengan benda yang boleh menarik perhatian mereka. Since mak ayahnya tak bawak permainan kami menggunakan apa-apa yang boleh. Dalam set kedua kami memberikan Nasuha memegang dan bermain-main dengan bunga  di tangannya. Ternyata dia gembira. Tapikan, tengah syok kami shoot tiba-tiba Nasuha menangis. Ingatkan kenapa, rupa-rupanya kakinya digigit semut. Aduh! Kacau betul semut ni. Terpaksalah mak ayahnya mengambil masa untuk memujuknya semula. Kami terpaksalah membawa mereka ke playground berhampiran untuk mendapatkan balik moodnya.

Dan untuk set terakhir saya decide untuk shoot di kawasan playground sahaja. Mudah la nak dapat mood mereka kat situ. Tambahan pula set terakhir tu tudung kuning memang dah kena sangat dengan background gelongsor yang berwarna hijau. Contrasting colour memang menarik. Manakala untuk photoshoot Safiyah pula kami letakkan dia di atas rumput dengan latar belakang tasik. Untuk shoot Safiyah saya menggunakan lens 35mm yang jarang saya gunakan untuk menampakkan landscape tasik tersebut.

Keseluruhannya kami wrap dalam masa kurang dari dua jam. Saya sangat berpuashati dengan hasilnya dan juga kerjasama dari tuan punya Safiyah Collection.

Penulis: Saya merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah atau majlis korporat anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067. Nak whatsapp pun boleh.

img_0258-edt2fb

Sesi memujuk Nasuha

Sesi memujuk Nasuha

img_0274-edt2fb img_0319-edt2fb img_0336-edt2fb

Trying to put a smile on Saffiyah's face

Trying to put a smile on Saffiyah’s face

img_0345-edt2fb

Makk!! Kena gigit semut la pulak

Makk!! Kena gigit semut la pulak

Puas pulak lah si ayah memujuknya

Puas pulak lah si ayah memujuknya

Have fun sekejap

Have fun sekejap

img_0428-edt2fb img_0497-edt2fb img_0554-edt2fb