© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Majlis Akad Nikah Nina & Azizi


  • Sumo

Kali ini saya dapat job di Jengka pulak. Akad nikah dan bersanding pada hari yang sama. Oleh kerana pada hari sebelumnya saya cover wedding photography di Serdang, Selangor saya terpaksa bertolak ke Jengka selepas solat subuh pada hari majlis. Di pertengahan jalan perut buat hal pulak. First stop di RnR Genting Sempah bagi melegakan perut yang memulas-mulas. Second stop pula ialah di Petronas Karak Highway (sebelum tol Bentong) – tak nak ambik risiko saya membeli pil Chi Kit Teck Aun yang popular tu. Breakfast pula sekadar makan roti krim gardenia dan air mineral bagi mengelakkan sakit perut bertambah.

Alhamdulillah setelah ambil ubat rasa sakit pun beransur hilang dan saya meneruskan perjalanan ke lokasi. Setibanya di rumah pengantin di Rantau Perintis, Bandar Jengka pengantin perempuan masih lagi bersiap. Cuaca dah mula panas. Nampak gayanya hari ni macam akan panas terik sampai ke petang.

Saya pun mula cover dengan gambar-gambar pengantin sedang bersiap sebelum berangkat pula ke lokasi akad nikah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Jengka.

Jomlah kita tengok gambar-gambar majlis akad nikah mereka. Posting untuk majlis resepsi akan menyusul kemudian.

Penulis adalah principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang merupakan jurugambar perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).

Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah Akad Nikah