© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Majlis Aqiqah Rayyan Anaqi


  • Sumo

Sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menjadi jurugambar bagi majlis aqiqah dan cukur jambul Rayyan Anaqi bin Roslan. Majlis ini sebenarnya telah berlangsung agak lama dulu tapi saya baru berkesempatan untuk membuat posting tentangnya.

Rayyan Anaqi merupakan anak pertama dari perkahwinan Roslan dan Azlyn. Mereka merupakan pelanggan saya semasa majlis perkahwinan mereka dahulu. Jadi saya dah kenal keluarga mereka serta ibu bapa Azlyn. Terimakasih kerana terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk menjadi jurugambar pada satu lagi majlis yang bersejarah ini.

Majlis diadakan di Dewan, Masjid at-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Memang selesa mengadakan majlis di dewan tersebut yang boleh dikatakan agak selesa dan mempunyai kelengkapan yang baik. Ianya mempunyai penghawa dingin serta ruang penyediaan makanan yang luas dan selesa. Namun saya difahamkan ianya hanya terbuka untuk kegunaan ahli kariah sahaja.

Kumpulan marhaban untuk majlis tersebut boleh dikatakan agak besar – pada pengamatan saya ada dalam lingkungan 50 orang semuanya. Memang meriah. Makanan yang disediakan juga amat sedap dan banyak pilihan. Dari kambing, nasi dengan lauk pauk kampung, kuih muih, buah-buahan malahan cendol dan apam balik pun ada.

Jom saya share gambar sikit.

Pada sesiapa yang inginkan saya menjadi jurugambar untuk majlis cukur jambul dan aqiqah bayi anda boleh terus menghubungi saya di 0173749707 atau 0163937067. Kalau segan nak bercakap, nak whatsapp pun boleh.

RAQ-6 edt b-fb RAQ-62 edt2-fb RAQ-66 edt2-fb RAQ-73 edt2-fb RAQ-103 edt b-fb RAQ-113 edt2-fb RAQ-156 edt2-fb RAQ-173 edt2-fb RAQ-190 edt2-fb RAQ-194 edt2-fb RAQ-232 edt fb RAQ-291 edt fb RAQ-311 edt fb RAQ-322 edt fb RAQ-339 edt fb RAQ-345 edt fb RAQ-350 edt b fb RAQ-385 edt fb RAQ-434 edt fb