© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Majlis Aqiqah Muhammad Adam Ayyad


  • Sumo

Sebagai jurugambar perkahwinan satu kelebihan yang saya dapat  ialah melihat bagaimana sebuah perkahwinan berkembang menjadi sebuah keluarga. Dari berdua, kemudian bertiga, kemudian berempat dan seterusnya. Memang ramai pelanggan-pelanggan saya dah menjadi kawan dan kami masih keep in touch terutama melalui media sosial. Ada juga yang saya menjadi jurugambar mereka dari majlis bertunang, membawa ke majlis perkahwinan, aqiqah dan cukur jambul anak mereka dan juga harijadi anak mereka. Saya amat berbangga merakamkan sejarah kehidupan anda dengan lensa kamera.

Bagi pasangan Eija & Armie ni, saya menjadi official photographer untuk majlis bertandang mereka di Alor Gajah, Melaka pada Disember 2012. Kini sekali lagi mereka menggunakan khidmat saya untuk majlis aqiqah dan cukur jambul anak sulung lelaki mereka iaitu Muhammad Adam Ayyad. Terimakasih yang tak terhingga saya ucapkan atas kepercayaan anda kepada saya.

Bila saya poskan balik gambar dari majlis bertandang dulu baru saya perasan dia orang ni minat warna hijau rupanya ya.

Kepada yang berminat untk menggunakan khidmat fotografi kami bagi majlis aqiqah dan cukur jambul boleh terus menghubungi saya di 0173749707 atau 0163937067 (whatsapp pun boleh juga).

 

Credit:

Penulis adalah principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang merupakan jurugambar perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).