© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Alkisah Henna


  • Sumo

Melukis henna di tangan dan kaki sememangnya popular bagi pengantin-pengantin di Malaysia. Kali ini saya nak ceritakan tentang usaha pengantin ini, Lalatrash atau Nuradella untuk mendapatkan lukisan henna bagi majlis perkahwinannya.

Biasanya orang kata pengantin perlukan banyak rehat bagi menghadapi hari besar mereka. Tapi almost all of the time bakal pengantin memang tak akan berehat. Terlalu banyak yang mereka fikirkan dan terlalu banyak yang mereka nak buat. Kalau tak buat memang tak puas hati. Tak boleh nak salahkan mereka sebab sudah tentu mereka nak majlis mereka berjalan baik dan semua persiapan yang dirancang berjaya dilaksanakan.

Waktu mereka begitu padat. Check venue perkahwinan, check dokumen untuk nikah, nak pastikan semua hantaran siap dan cantik, ambik pakaian, arrange time dengan makeup artist, periksa pelamin, pastikan dekorasi siap dan macam-macam lagi. Nampak tak betapa banyak hal tu.

Bagi Lala ni pulak kami dapat tahu henna atau inai tangan dan kaki ini dibuat pada pukul 3 pagi di Uptown Shah Alam. Bayangkanlah, pagi ni pukul 9 nak akad nikah, pukul 3 pagi dia masih berada di Uptown. Hahaha, kalau zaman dulu confirm kena marah dengan orang tua kan? Kalau dulu-dulu orang tua kata seminggu sebelum nikah tak boleh keluar rumah. Mungkin mereka ada sebab tersendiri untuk arahan tersebut. Tapi kini zaman dah berubah. Nak gerak ke mana-mana senang. Perniagaan pun dah buka sampai lewat pagi. Nasib baik la ada lagi yang buka untuk lukis henna pada waktu tersebut kan. Dapatlah juga pengantin menyempurnakan hajatnya.

Tapikan, all credit to her. Pagi itu masa majlis akad nikah hinggalah tamat majlis resepsi dan juga outdoor pada lewat petang Lala tetap maintain fresh dan ceria. Tak nampak penat langsung.azwarlala-23 edt azwarlala-19 edt azwarlala-16 edt azwarlala-10 edt

 

Penulis merupakan  principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang banyak terlibat dalam fotografi perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).