© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Perkahwinan Artis 2016


  • Sumo

Agak-agaknya lah kan, pada tahun 2016 ni artis manakah yang akan naik pelamin ya? Yang masih fresh ialah Marsha Milan dan pasangannya Mohamed Shaiful Nizam. Mereka telahpun diakadnikahkan pada 31 Disember 2015. Majlis resepsi pula akan berlangsung pada 8 Januari 2016 di Hotel Majestic. Kiranya majlis perkahwinan dua tahun lah ni ya.

IMG_0060

Dengar-dengarnya ada beberapa lagi artis yang akan menyusul kemudian. Anzalna Nasir yang cun tu pun khabarnya akan berkahwin pada awal 2016 nanti. Tentu sedang sebok membuat persiapan dengan pasangannya Hanif Zaki tu.

Akim dan Stacy yang telah pun mengikat tali pertunangan pada bulan September 2015 diberitakan akan berkahwin pada bulan Februari 2016. Sama-samalah kita tunggu semoga berita tersebut menjadi kenyataan.

2fototunangakimstacy

Seorang lagi yang mungkin akan berkahwin pada tahun 2016 ialah Hafiz Suip. Penyanyi lagu Awan Nano ni dah pun bertunang dengan gadis pilihannya Nureffy Jasreel Abdullah pada hujung Februari 2015. Takkan nak tunggu lama-lamakan?

Lain-lain yang ada terdengar khabar akan berkahwin ialah:

  • Nas-T bakal berkahwin pada 4 Mac 2016
  • Jaafar Onn – khabarnya pada awal 2016 juga
  • Shahrol Shiro pun katanya bakal menamatkan zaman duda tak lama lagi
  • Fauziah Latif – tarikh belum didedahkan.

Setakat ni itulah antara artis yang akan berkahwin nanti. Takde ke yang nak hire kami jadi official photographer dia orang ya? Hehehe.. mana tau kot ada rezeki.

Nota: Tulisan di atas adalah berdasarkan online research di internet.

Penulis merupakan owner dan principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang banyak terlibat dalam fotografi perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).