© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Lense 85mm Masuk Wad


  • Sumo

Semenjak dua menjak yang lepas saya agak kurang puas hati dengan sharpness lensa Canon 85mm 1.8 saya. Saya membuat beberapa test dengan menggunakan focus chart yang saya download dari internet. Hasilnya memang tak boleh blah. Something is not right with the lense.

Untuk mengesahkan masalah focussing tersebut saya pun  bawaklah lense tersebut ke pusat servis Canon di Peremba Square. Setelah pihak Canon membuat pemeriksaan lanjut memang ada masalah pada lense tersebut. Saya diberitahu terdapat masalah pada front lense. Penyelesaiannya adalah bahagian tersebut perlu ditukar. Harganya RM450 termasuk servis caj. Nak tak nak buat sajalah demi mendapatkan gambar yang sharp dan juga untuk kepuasan pelanggan.

Ini baru lense yang biasa-biasa dah kena RM450.. Kalau lense yang mahal macam L lense tu tak taulah berapa harganya jika berlaku kerosakan macam ni. Jadi kepada fotografer-fotografer yang letak harga perkhidmatan terlajak murah tu ingat-ingatlah, kalau barang rosak banyak duit kena keluar. Jangan sebab caj murah punya pasal, esok-esok barang rosak takde modal nak repair.

Oleh kerana kelewatan menerima part, lebih sebulan lens tersebut berada di pusat servis. Hari ini dah siap. Tak sabar dah nak test power. Semoga gambar akan kembali sharp.

image2

image1

Nota: Semua gambar diambil dengan Iphone 6Plus tanpa sebarang editing.

Penulis merupakan owner dan principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang banyak terlibat dalam fotografi perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).