© Copyright 2016
NikHamidi Photography

10 Cuti Panjang di Malaysia Untuk Merancang Majlis Perkahwinan 2016


  • Sumo

Ada yang plan nak kahwin ditahun 2016 tak? Kalau dilihat kalender 2016 kita akan mempunyai 10 hujung minggu yang panjang untuk majlis perkahwinan mahupun percutian. So sesiapa yang plan nak tamatkan zaman bujang bolehlah start tengok-tengok kalender untuk tarikh yang sesuai. Berikut adalah tarikh-tarikh tersebut:

  1. Tahun Baru – 1 Januari 2016 jatuh pada hari Jumaat. Tarikh ini sesuai untuk akad nikah sebab Jumaat kan. Then boleh proceed dengan resepsi pada keesokannya iaitu pada hari Sabtu 2 Januari 2016.
  2. Tahun Baru Cina – ianya jatuh pada 8 & 9 Februari 2016 iaitu hari Isnin dan Selasa. Ini bermakna ada 4 hari cuti berturutan. Rasanya date yang amat popular untuk wedding ni.
  3. Hari Buruh – jatuh pada 1 Mei setiap tahun. Untuk 2016 ianya adalah pada hari Ahad bererti Isnin adalah cuti gantian. So ada 3 hari weekendlah adanya. Tarikh yang sesuai juga untuk wedding kerana boleh menghasilkan nombor yang cantik jika disusun -> 01.05.16 -> 1516
  4. Hari Raya Aidilfitri – jatuh pada 6 & 7 Julai 2016 iaitu hari Rabu dan Khamis. Rasanya ramai yang akan ambik cuti tambahan pada 8 Julai untuk dapatkan 5 hari holiday stretch. Mungkin ramai juga yang dah plan nak buat majlis kahwin lepas raya ni.
  5. Hari Raya Aidiladha – jatuh pada hari Isnin 12 September 2016. So ada cuti 3 hari berderet. Tapi rasanya tak ada kot yang nak buat wedding pada weekend menjelang Raya Haji ni.
  6. Hari Malaysia – jatuh pada hari Jumaat 16 September 2016. Di sini ada 3 hari off day. Tarikh yang bakal menjadi rebutan ramai terutama untuk akad nikah. Nombor pun cantik ni – 16.09.16.
  7. Awal Muharam – 2 Oktober 2016 iaitu hari Ahad. Ini bermakna cuti gantian pada hari Isnin. Good date too untuk wedding.
  8. Deepavali – 30 Oktober 2016 juga pada hari Ahad yang bermakna ada cuti gantian pada hari Isnin.
  9. Maulidur Rasul – jatuh pada hari Isnin 12 Disember 2016. Kemungkinan ramai yang akan membuat majlis perkahwinan pada hari Sabtu atau Ahad iaitu 10 & 11 Disember 2016.
  10. Hari Krismas – 25 Disember 2016 jatuh pada hari Ahad. Sekali lagi ada cuti gantian Isnin yang akan memberikan 3 hari offday.

Untuk 10 weekend di atas tempahan untuk pakej fotografi perkahwinan adalah dijangkakan sangat hot. Jadi bagi yang merancang majlis perkahwinan pada tarikh-tarikh yang tersenarai di atas segeralah tempah pakej fotografi perkahwinan anda. Contact saya di 0173749707 atau 0163937067 untuk sebarang pertanyaan atau booking ya. Last minute nanti banyak yang dah penuh dik.

p/s – ketika posting ini ditulis saya masih belum mendapat takwim cuti sekolah untuk tahun 2016. Nanti kalau dah ada saya akan update ya.

CutiPanjang2016