© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Pelamin Rustik


  • Sumo

Walaupun saya adalah jurugambar perkahwinan, tetapi saya menerima banyak email dari pengunjung-pengunjung blog saya tentang warna tema dan juga konsep pelamin. Salah satu soalan yang saya terima adalah berkenaan dengan pelamin rustik.

Apakah itu pelamin rustik? Rustik atau dalam Bahasa Inggeris dieja sebagai Rustic diterjemahkan oleh dictionary.reference.com  sebagai:

  1. of, relating to, or living in the country, as distinguished from towns orcities; rural.
  2. simple, artless, or unsophisticated.
  3. uncouth, rude, or boorish.
  4. made of roughly dressed limbs or roots of trees, as garden seats.
  5. (of stonework) having the surfaces rough or irregular and the joints sunken or beveled.

Dari senarai di atas, jika kita bercakap tentang pelamin rustik ianya adalah berkaitan dengan point nombor 1, 2, 4 dan mungkin juga 5. Nombor satu menyatakan bahawa ianya berkait dengan kehidupan desa, luar bandar. Pelamin rustik ini biasanya akan mengimbau apa yang ada di desa dari segi pemandangan, bahan yang dgunakan dan sebagainya – contohnya konsep seperti ladang, bangsal, dusun buah-buahan dan lain-lain. Yang kedua pula menekankan tentang simple, tidak berseni dan tidak sofistikated. Saya kurang setuju dengan point kedua kerana pelamin rustik mempunyai nilai seni tersendiri. Ianya juga tidaklah selalunya simple kerana ada hiasan-hiasan tertentu yang sesuai dengan konsep ini seperti gramofon, barang-barang lama seperti mesin taip, mesin air batu, mesin jahit, beg kotak dan sebagainya. Malahan ada juga yang meletakkan skuter  lama di atas pelamin untuk merealisasikan konsep rustik yang sebenar-benarnya. Point keempat pula menekankan tentang pembuatannya dari kayu yang kasar sebagai tempat duduk. Dalam konteks ini biasanya kayu yang kasar, tidak terawat atau kayu lama ini digunakan lebih pada latar pelamin. Kayu tanpa cat juga sering digunakan sebagai bahan pelamin rustik. Ianya kurang sesuai sebagai bangku kerana dikhuatiri pengantin kurang selesa dan mungkin juga akan merosakkan baju pengantin yang mahal dan biasanya agak sensitif bahannya. Point kelima juga berkaitan dengan permukaan kasar tapi lebih kepada batu (stone) dan mungkin juga batu-bata.

So, agak-agak faham dah ke konsep pelamin rustik ni? Berminat ke nak buat persandingan dengan konsep rustik? Jika berminat tanyalah kepada bridal house anda jika mereka ada menyediakan pelamin konsep rustik. Jangan tanya saya sebab saya cuma jurugambar sahaja, hehe. Kalau nak tanya tentang pakej fotografi perkahwinan then boleh lah tanya saya di 017-3749707. Whatsapp pun boleh.

Jangan bebel saja, gambar takde ke? Jom kita tengok gambar-gambar dari konsep rustik yang saya bebelkan di atas.

994035_614923538518060_619847045_n 971489_614923555184725_1441664102_n 972192_614923541851393_1414856051_n 943663_614923771851370_342879696_n 996850_614923885184692_1357144725_n 954674_614923891851358_456451254_n 941860_614923915184689_1813729976_n 11698583_1014613805215696_8384467348699065444_n 11698356_1014613801882363_4202122572062946010_n

Outdoor berkonsep rustik

Outdoor berkonsep rustik

Outdoor berkonsep rustik

Outdoor berkonsep rustik

Outdoor berkonsep rustik

Outdoor berkonsep rustik