© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Nik Hamidi Wedding Photography – Ogos & Sep 2015 Update


  • Sumo

Sebelum puasa dulu saya jangkakan jadual fotografi untuk bulan Ogos & September 2015 adalah agak lapang. Namun begitu keadaan iu segera berubah selepas Hari Raya Aidilfitri. Tiba-tiba banyak pulak booking yang masuk. Dicampur dengan booking yang telah dibuat awal-awal oleh pelanggan nampaknya bulan Ogos & September 2015 berubah menjadi bulan yang agak sibuk bagi saya.

Alhamdulillah, syukur atas nikmatNya. Antara majlis yang menggunakan khidmat kami ialah Majlis Akad Nikah dan Resepsi Majdi & Hafisah, Majlis Bertandang Majdi & Hafisah, Majlis Pertunangan Aina & Baim dan juga  Majlis Akad Nikah dan Resepsi Fariza & Anuar. Disamping majlis-majlis perkahwinan, kami juga menerima tempahan sebagai jurugambar untuk majlis-majlis lain antaranya untuk Majlis Reunion ex-MRSM Seremban 1986/87 yang telah berlansung di Hotel Bangi Putrajaya.

Disamping itu kami juga akan berada di Felda Lepar Utara 2 pada pertengahan September ini untuk majlis perkahwinan Along. Ada juga tempahan yang terpaksa kami tolak kerana slot telah penuh – kami tidak sekadar mengambil tempahan dan sub job kami pada mana-mana jurugambar tanpa mengetahui hasil kerja mereka. Kami hanya sub job kami pada jurugambar-jurugambar yang telah kami kenali sahaja. Ini bagi memastikan kualiti gambar yang dihasilkan adalah tinggi.

Selain tempahan untuk tahun ini, kami juga telah mula menerima tempahan untuk slot majlis perkahwinan tahun 2016. Tahniah dan terimakasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan awal. Ini menunjukkan anda telah membuat persiapan rapi untuk majlis anda. Anda juga telah memastikan bahawa pada majlis anda nanti principal fotografer sendiri yang akan hadir bagi merakamkan potret perkahwinan anda.

Bagi sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi kami di 0173749707.

Akad Nikah Majdi & Hafisah

Akad Nikah Majdi & Hafisah

Majlis Bertandang Majdi & Hafisah

Majlis Bertandang Majdi & Hafisah