© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Menjunjung Adat Perkahwinan – Part 3


  • Sumo
Setelah selesai posting tentang fotografi majlis akad nikah dan juga malam berinai untuk Lela & Izarul terlupa pula saya nak sambung berkenaan majlis resepsi mereka. Dengan tidur yang tak berapa cukup dari majlis malam berinai, tugasan disambung lagi keesokan harinya.
Setibanya di lokasi sudah kelihatan suasana yang cukup meriah dengan band memainkan lagu-lagu yang menarik – kebanyakannya ghazal. Tak sempat saya nak dapatkan info berkenaan band tersebut. Pengantin pula sudah memulakan persiapan dari awal pagi lagi. Ini memandangkan beliau akan mengenakan sanggul lintang pada hari ini. Pada yang tak tahu apa itu sanggul lintang silalah lihat foto di bawah.
Sanggul Lintang

Sanggul Lintang

Sanggul Lintang -back

Sanggul Lintang -back

Pemakaiannya perlu berhati-hati. Hanya jurusolek/juruandam yang terlatih saja dapat menjalankan tugasan untuk memakaikannya. Jika dilihat dari saiz dan materialnya saya pasti ianya agak berat. Apatah lagi pengantin terpaksa memakainya seharian dari pagi hingga tamat majlis membawa kepada sesi fotoshoot outdoor. Mau kejang urat leher dan sakit kepala dibuatnya. Anyway,lupa nak mention jurusolek pada hari tersebut adalah El’Gea dari Sanggar Masri Klasik yang juga merupakan jurusolek untuk majlis akad nikah dan malam berinai. Pakaian songket kuning keemasan untuk majlis bersanding adalah dari Salikin Sidek.

Ketibaan pengantin lelaki diiringi oleh pesilat dengan iringan muzik gendang dan serunai secara live. Pesilat, pengiring dan gendang silat adalah dari Kedai Warisan. Nampaknya pengantin kita ni melakukan persiapannya dari segala aspek. Dari kostum, dekorasi, silat, muzik (gendang, ghazal, gamelan) dan lain-lain lagi. Mercun pun ada – sebaik tiba di pintu gerbang mercun papan yang ala-ala Tahun Baru Cina dipasang. Berdesing jugak la telinga.
Lain-lain highlight pada hari tersebut adalah upacara merenjis, makan beradab, memotong kek dan yang bestnya ada jugak joget lambak yang saya lihat mungkin tak dirancang tapi  berlaku secara impromptu.
Pesilat Kedai Warisan

Pesilat Kedai Warisan

pesilat kedai warisan 02

pesilat kedai warisan 02

11081484_960346237309120_3021500678898084719_n 10603411_960346180642459_6708600679836416271_n

Untuk penutup tugasan, macam biasa kami begerak ke lokasi outdoor di Tasik Kelana Jaya berhampiran Stadium MPPJ. Oleh kerana sanggul lintang yang tinggi pengantin menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam kereta. Beliau juga terpaksa berbaring kerana sanggul lebih tinggi dari bumbung kereta. Namun tugasan outdoor tetap berjaya dilaksanakan walaupun agak rushing kerana keadaan cuaca yang kurang baik.

 

 

Bunga Tangan Pengantin

Bunga Tangan Pengantin

Busana dari Salikin Sidek

Busana dari Salikin Sidek

Allahyarham Pakcik Ghani

Allahyarham Pakcik Ghani

p/s: Lebih kurang sebulan selepas majlis ini bapa kepada Lela iaitu Pakcik Ghani telah pulang ke rahmatullah. Memang tak disangka kerana Allahyarham kelihatan cukup ceria dan sihat semasa majlis berlangsung. Kami mengucapkan takziah dan Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Untuk album penuh majlis ini sila lawati: Nik Hamidi Photography Page