© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Jentolak Di Tebing Sg Pahang


  • Sumo

Kadang-kadang apabila selesai tugasan fotografi perkahwinan saya tidak terus balik. Ini terutama sekali jika di tempat tersebut terdapat subjek menarik untuk fotografi.

Baru-baru ini ketika mengemaskan barangan setelah selesai fotografi perkahwinan di Temerloh, saya tertarik melihat jentolak di kuari pasir di tebing Sungai Pahang. Pada waktu itu walaupun agak lewat petang  cuaca masih panas dan langit pula sangat cantik. Jentolak yang berwarna kekuningan memberikan satu warna kontra yang menarik.

Tidak mahu melepaskan peluang tersebut saya pun mencapai Canon EOS7D saya beserta lens 10-22mm yang dipasangkan dengan Circular Polarizer (CPL) untuk merakamkan foto jentolak tersebut. Saya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk merakamkan lebih kurang 20 keping gambar.

Daripada banyak-banyak saya telah melakukan post processing bagi dua keping gambar berikut. Lihatlah hasilnya. Dua keping gambar di atas adalah yang telah melalui post processing manakala dua yang dibawah adalah sebelum post processing.

Jentolak I

Jentolak I

Jentolak II

Jentolak II

Juhaiza-1291 edt-w Juhaiza-1293 edt-w