© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Hantaran Perkahwinan Jersi Germany 2014


  • Sumo

Pada penghujung April yang lepas saya telah pun mendapat satu assignment untuk majlis perkahwinan antara Imah & Nordin. Majlis akad nikah telah di adakan di Kelang sebelum majlis resepsi di Dewan SUK Shah Alam beberapa hari kemudian.

Apa yang menarik perhatian saya pada fotografi perkahwinan kali ini adalah hantaran dari Imah kepada Nordin. Salah satu hantaran yang disediakan adalah berupa sehelai jersi pasukan bolasepak Jerman. Pada waktu itu bahang Piala Dunia 2014 sudah mulai dirasai. Jadi tentunya hantaran unik ini disediakan pada waktu yang sesuai. Pada anggapan saya, Nordin tentunya penyokong tegar pasukan Jerman. Pada malam ini tentunya dia akan menyarung jersi tersebut sambil menonton perlawanan akhir antara Jerman dan Argentina.

Agaknya siapa yang akan menang ya? Tungguuuu……

Hantaran jersi German

Hantaran jersi German

Imagewrap Cover 12x18-Imah-b