© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Koperat Untuk LADA


  • Sumo

Pada bulan Mac yang lepas saya telah diberikan kepercayaan untuk menjayakan fotografi koperat bagi ahli lembaga pengarah Langkawi Development Authority (LADA). Saya dihubungi untuk job ini beberapa hari sahaja sebelum tarikh ianya dirancang. Alhamdulillah dalam waktu yang singkat saya berjaya mendapatkan jurusolek dan juga peralatan lampu sebagaimana yang diminta.

Jurusolek pada hari tersebut adalah dari Beauty Culture. Terus-terang sebenarnya saya tidak mengetahui dan tak sempat juga untuk mencari informasi tentang siapakah ahli lembaga pengarah LADA. Pada hari yang dijanjikan kami tiba sejam lebih awal di pejabat Menteri Kewangan II untuk membuat persiapan dan juga ujian peralatan lampu. Ketika membuat persiapan tiba-tiba muncul Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir. Saya sangkakan beliau datang untuk menemui Menteri Kewangan II (Dato’ Seri Hj Ahmad Husni Mohd Hanadzlah. Rupa-rupanya saya diberitahu oleh pegawai LADA yang kedua-dua mereka adalah Pengerusi Bersama LADA.

Bila mengetahui hal tersebut, saya agak berdebar-debar juga. Ini merupakan kali pertama saya membuat potraiture untuk VVIP. Risau jugak jika tidak mendapat kerjasama baik. Namun begitu sangkaan saya meleset sama sekali. Kedua-dua mereka memberikan kerjasama yang amat baik sekali. Malahan kesemua ahli lembaga pengarah yang terlibat iaitu enam orang semuanya, begitu santai ketika sesi tersebut. Mereka sempat bergurau dan ada ketikanya mengeluarkan ayat-ayat lucu. Jadi semua tekanan yang saya rasakan pada mulanya beransur hilang.

Malahan Dato’ Paduka Mukhriz juga beberapa kali minta dishoot semula kerana kurang puas hati dengan senyumannya dalam gambar yang saya tunjukkan. Amat mudah berkerja dengan beliau. Seluruh sesi termasuk touch up wajah mereka untuk photoshoot dan juga penggambaran mengambil masa hampir sejam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Ribuan terimakasih juga kepada Fatimah Ishak selaku Makeup Artist dan juga Parchie Bisa yang banyak membantu bagi setup lampu. Di sini saya kongsikan hasil dari sesi fotografi tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan bagi fotografi koperat atau corporate portraiture boleh hubungi saya di 017-3749707 atau 016-3937067 atau mailto: nikhamidi@gmail.com

YAB Dato’ Paduka Hj. Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Menteri Besar Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi)

YAB Dato’ Paduka Hj. Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
(Menteri Besar Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi)

YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan II merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi)

YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
(Menteri Kewangan II merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi)

 

 

 

 





YBhg. Dato’ Dr. Mohmad Isa Bin Hussain (Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Kementerian Kewangan)

YBhg. Dato’ Dr. Mohmad Isa Bin Hussain
(Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Kementerian Kewangan)

 

YBhg. Dato’ Haji Muhamad Nor bin Haji Rofie (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman)

YBhg. Dato’ Haji Muhamad Nor bin Haji Rofie
(Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman)

 

YB. Nor Saidi Bin Nayan (ADUN Kuah Negeri Kedah Darul Aman)

YB. Nor Saidi Bin Nayan
(ADUN Kuah Negeri Kedah Darul Aman)

 

YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi)

YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli
(Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi)