© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Perkahwinan Bukan Sekadar Potraiture


  • Sumo

Skop fotografi perkahwinan sebenarnya agak luas. Selain daripada merakamkan foto pengantin, ahli keluarga, teman-teman serta semua yang terlibat jurufoto juga bertanggungjawab untuk mendapatkan imej-imej menarik objek-objek yang berkaitan dengan majlis. Ini amat penting kerana objek tersebut akan menjadi salah satu bahan yang akan terlipat dalam kenangan pasangan peengantin. Oleh itu jurufoto tidak seharusnya lupa mendapatkan imej-imej barang-barang penting seperti hantaran, cincin, pelamin, pakaian pengantin, kasut, bunga tangan, keris, tanjak, cucuk sanggul dan sebagainya.

Cubalah cara sekreatif mungkin untuk memaparkan objek tersebut. Kadang-kadang objek akan menjadi lebih menarik dengan latarbelakang yang simple atau kosong. Cuba juga gabungkan subjek dengan benda-benda artistik. Contohnya cincin dan gitar atau biola, bunga dan papan congkak dan sebagainya. Hiasan meja makan juga jangan dilupakan. Seeloknya rakamkan gambar sebelum upacara bermula kerana meja masih dalam keadaan kemas dan bersih.

Berikut antara foto-foto yang pernah saya ambil dari majlis yang pernah saya cover:

Kek perkahwinan

Kek perkahwinan

Buah-buahan meja pengantin

Buah-buahan meja pengantin

Wedding cutlery

Set hidangan meja pengantin

Lolipop perkahwinan

Lolipop

Wedding ring

Cincin perkahwinan

Label meja perkahwinan

Label meja tetamu

Wedding door gift

Cenderahati perkahwinan

Wedding accessory

Keris pengantin

Kasut pengantin

Kasut pengantin

Meja pengantin

Meja makan tetamu

Apa yang dipaparkan di atas hanyalah sebahagian dari gambar yang sempat saya kumpul dan kongsikan. Ada banyak lagi sebenarnya yang boleh dibuat. Buka mata dan lihat sekeliling – pasti banyak yang boleh dijadikan subjek menarik.

Bagi anda yang ingin membuat pertanyaan atau tempahan jurugambar perkahwinan  sila hubungi saya melalui email nikhamidi@gmail.com atau pun telefon/sms/whatsapp ke 017-3749707 / 016-3937067.