© Copyright 2016
NikHamidi Photography

5 Persiapan Fotografi Untuk Hari Raya


  • Sumo

Hari perayaan sering kali menjadi detik terbaik untuk merakamkan kenangan dengan lensa kamera anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan kamera hari perayaanlah yang menjadi waktu untuk mereka mengeluarkan kamera yang dah lama tak digunakan. Tak kiralah yang menggunakan kamera dslr mahu pun compact. Tak dinafikan juga ramai yang lebih gemar menggunakan kamera phone untuk lebih cepat upload ke facebook, twitter, instagram dan lain-lain lagi. Namun begitu bagi kepuasan fotografi tentunya pengunaan DSLR menjadi pilihan utama.

Sebelum berangkat balik kampung jangan lupa beberapa perkara berikut:

  1. Jangan lupa bawa charger bateri anda – Seringkali terdengar selepas sehari beraya dah tak boleh ambil gambar lagi dah sebab bateri dah habis dan charger pula tertinggal. Malang sungguh kan. Akhirnya simpan aje lah kamera tu.
  2. Bawa memori kad yang mencukupi – Ada juga banyak kes selepas habis 300 – 400 shots dah tak boleh ambik lagi dah sebab kehabisan memori kad. Apa taknya kalau bawak 1 GB memori kad aje. Tapi macam mana pulak kalau memang ada satu gigabyte kad sahaja? Masih ada caranya kalau anda nak shoot lebih banyak. Yang pertama bawalah laptop supaya anda boleh transfer gambar yang telah diambil ke dalam laptop dan dapatlah memadamkan gambar-gambar yang telah dipindahkan untuk mengosongkan memori kad. Yang kedua ialah dengan mengurangkan resolusi gambar yang telah diambil. Jika tujuan anda mengambil gambar sekadar untuk upload ke laman-laman social atau sekadar untuk print saiz 4R atau 5R gunakanlah saja resolusi paling rendah pada kamera. Ini membolehkan anda untuk shoot lebih banyak.
  3. Bawa lensa yang sesuai – Jika anda malas nak bawa terlalu banyak peralatan, pastikan anda memilih lensa yang paling sesuai untuk fotografi perayaan. Kebiasaannya untuk musim perayaan, fotografi berkumpulan atau fotografi keluarga adalah satu kemestian. Jadi anda perlukan lensa  yang agak wide, mungkin dalam 17 atau 18 mm. Jika anda mahukan juga shoot detail atau pun still object macam makanan, biskut raya, lemang, ketupat, butang baju melayu, motif songket dan sebagainya rasanya jarak 50mm adalah sesuai. 50 mm juga amat sesuai untuk portraiture. Saya biasanya membawa dua lensa iaitu 17-50 mm dan juga 50mm f1.8 (lensa murah tapi amat berguna!).
  4. Alatan mencuci lensa – penting sangat ni. Lensa yang kotor akan mempengaruhi kualiti gambar. Ianya juga akan menambahkan efek-efek yang tidak dikehendaki seperti garisan cahaya yang mengganggu foto.
  5. Pastikan keselamatan peralatan anda – Bila dah ramai-ramai tu pastikanlah peralatan anda selamat. Jangan dibiarkan merata-rata kerana akan mendatangkan dua risiko besar iaitu yang pertama kecurian dan yang kedua kerosakan. Manalah tahu bila letak atas meja makan dengan kanak-kanak kecil yang ramai ada pula yang tertumpah air segelas terus kena kamera anda. Tak ke haru-biru tu. Bila jadi macam tu jangan salahkan kanak-kanak. Salahkan diri anda sendiri. Keselamatan peralatan sepanjang perjalanan balik kampung juga penting. Bila berhenti di R & R pastikan ianya tidak terdedah pada mata umum. Ramai pencuri berkeliaran pada musim sibuk macam ini. Jika perlu bawalah kamera anda walau pun nak masuk toilet atau pun pastikan ada yang menunggu di kereta.

Rasanya lima perkara tu sahajalah yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Jika anda ada perkara lain yang terlintas untuk peringatan silalah share dengan komen di bawah. Kalau rasa susah nak buat perkara 1 hingga 4, senang cerita punggah ajelah semua peralatan anda tu kalau masih ada ruang dalam bonet kereta.

Renung-renungkan, selamat berfoto!