© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Tips: Subjek Utama Out of Focus


  • Sumo

Dalam fotografi biasanya pemfokusan yang tepat bagi subjek utama sering diberikan keutamaan yang tinggi. Namun begitu ada kalanya kita perlu lari peraturan tersebut. Kali ini apa yang saya ingin paparkan adalah meletakkan subjek utama di luar fokus sebagaimana foto perkahwinan di bawah ini.

Pengantin merupakan subjek utama dalam fotografi perkahwinan. Untuk menguatkan lagi foto ini kita perlukan secondary subject. Biasanya secondary subject adalah sesuatu yang menarik dan mungkin ada kena-mengena dengan pengantin atau majlis tersebut. Dalam foto ini secondary subjek adalah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang turut mengarak pengantin. Ianya diletakkan di depan. Saya tidak memaparkan sepenuhnya motosikal tersebut. Cukup sekadar menampakkan tulisan di tangki minyak.

Anda boleh juga mencuba dengan variasi aperture yang berbeza untuk mendapatkan imej out of focus yang anda mahukan. Ingat, lebih besar aperture maka lebih tidak jelas subjek dibelakang manakala lebih kecil aperture anda akan mendapat imej dibelakang yang lebih jelas. Ubahlah mengikut citarasa anda.