© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Majlis Perkahwinan Ajum & Azle


  • Sumo

Kali ini saya sekali lagi berpeluang ke Seremban untuk menjalankan fotografi perkahwinan. Kali ini untuk perkahwinan Ajum & Azle yang bertempat di Senawang. Majlis akad nikah diadakan pada sebelah petang manakala majlis resepsi pula diadakan sehari selepasnya.

Semasa saya tiba untuk fotografi hari pernikahan sudah ramai saudara-mara terdekat yang tiba dan rancak berbual di depan rumah. Saya terus meminta kebenaran pengantin untuk merakamkan foto pengantin bersiap. Ada tiga empat orang rakan baik pengantin turut berada di dalam bilik persiapan. Pengantin perempuan berjaya disiapkan mengikut jadual, iaitu sebelum rombongan pengantin lelaki tiba.
IMG_9663 edt
IMG_9688 edt
IMG_9808 edt
IMG_0063 edt

Pengantin lelaki diiringi oleh rombongan yang agak ramai juga. Upacara akad nikah berjalan dengan lancar. Di sini saya kongsikan beberapa keping foto majlis pernikahan untuk tatapan bersama.

Malamnya saya menginap di salah sebuah hotel di Senawang iaitu One Garden Boutique Hotel. Menurut pengantin ianya merupakan hotel baru. Patutlah semua yang ada di dalamnya kelihatan baru. Lokasinya berhampiran dengan Balai Polis Senawang. Selepas check-in, mandi dan berehat saya menghubungi dua orang rakan yang tinggal di Seremban. Mereka merupakan rakan lama semasa saya belajar di Seremban dulu. Kami keluar minum-minum (istilah sekarang ngeteh) sambil makan aneka cucur betul-betul di depan hotel. Antaranya cucur jagung, cucur kelapa dan cucur pisang. Sedap jugak!

Berbalik kepada cerita perkahwinan, majlis resepsi sehari kemudian dijalankan dalam suasana meriah. Para tetamu dihiburkan dengan kumpulan muzik yang menampilkan persembahan dengan gamelan. Yang menariknya kumpulan muzik ini turut mampu memainkan lagu-lagu kontemporari seperti lagu Sayang dari Shay.

Penutup aktiviti pada hari tersebut tentunya acara fotografi outdoor. Kali ini pengantin membawa saya ke Taman Malaysia Seremban (juga dikenali sebagai Taman Rimba Rekreasi). Ini merupakan kali pertama saya ke situ. Semasa kami ke sana tidak ada pengunjung lain di situ. Ini adalah kerana taman tersebut sedang dibaik pulih. Ajum & Azle agak ragu-ragu kerana keadaan di dalam taman agak tidak terurus. Saya pula berpendapat sebaliknya. Bagi saya ketiadaan pengunjung lain memudahkan kerja saya. Keadaan taman yang sedang dibaik pulih dan tidak terurus pula mampu memberikan perspektif yang berbeza dan menarik. Untuk tatapan anda di sini saya postkan beberapa keeping gambar pada hari tersebut.

Bagi yang berminat dengan hasil kerja saya boleh lah menghubungi saya di 017-3749707. Anda juga boleh LIKE facebook page saya di sini.

IMG_0093b edt
IMG_0118b edt
IMG_0368 edt
IMG_0318 edt
IMG_0386 edt
IMG_0409 edt
IMG_0324 edt