Festival Filem Malaysia ke 25


  • Sumo

Tarikh 2 March 2013 baru-baru ini berlangsungnya Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 25 di Putrajaya International Convention Center (PICC). Kali ini saya telah berpeluang untuk menghadiri majlis tersebut atas undangan yang diterima melalui seorang rakan. Walau pun pada hari yang sama saya mempunya tugasan majlis perkahwinan di Batu Caves pada siangnya saya tetap tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir ke majlis gilang gemilang ini.

Sebaik selesai tugasan di Batu Caves saya bergegas balik ke rumah untuk mandi dan bertukar pakaian. Kemudian saya terus memandu ke PICC.  Setibanya di sana sempatlah saya berehat seketika sementara menunggu acara bermula. Yang paling syok kali ini ialah saya dapat masuk melalui karpet merah bersama-sama dengan pelakon. Di pintu masuk antara yang kelihatan ialah Azwan Ali, Nabila Huda, seniwati Mariani dan juga Fauziah Nawi. Turut kelihatan adalah Arja Lee dan Alam (Wakaka) serta beberapa artis lain.

Fauziah Nawi

Fauziah Nawi

IMG_4366 edited-w

Nabila Huda & Shasha Zurazie

Nabila Huda & Shasha Zurazie

Arja Lee

Arja Lee

IMG_4393 edited-w

IMG_4395 edited-w

Kemudian kami terus masuk ke dewan utama yang ketika itu hampir separuh penuh. Acara bermula hampir pukul 9.00 malam dengan menampilkan Fahrin Ahmad dan Erra Fazira sebagai pengacara. Acara anugerah diselang-selikan dengan persembahan yang antara lain menampilkan Hazama (Aku Mahu Dia), Ella (Teruja) dan Rahim Maarof (Syakila). Persembahan penutup pula menampilkan lagu dari filem Rock Oo Rimba Bara Kembali dengan nyanyian lagi Orang Timur oleh Amir SYJ dan juga Teratai dipersembahkan oleh Khir Rahman, Que Haidar, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim. Tak sangka pulak Que Haidar boleh menyanyi dengan baik.

Linda Hashim & Beego - dengarnya nak kahwin tak lama lagi

Linda Hashim & Beego – dengarnya nak kahwin tak lama lagi

IMG_4422 edited-w

IMG_4425 edited-w

Farid Kamil muka ketat je malam tu

Farid Kamil muka ketat je malam tu

IMG_4475 edited-w

IMG_4477 edited-w

Rahim Maarof memang David Coverdale Malaysia

Rahim Maarof memang David Coverdale Malaysia

IMG_4500 edited-w

IMG_4513 edited-w

Sofea Jane memang cantik!

Sofea Jane memang cantik!

Berikut adalah senarai pemenang pada malam anugerah:

  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Jojo Goh (29 Februari)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap)
  • Anugerah Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap)
  • Anugerah Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
  • Anugerah Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
  • Anugerah Sinematografi Terbaik – Hariss Hue Abdullah (Songlap)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan)
  • Anugerah Pengarah Filem Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
  • Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik – Petaling Street Warriors
  • Anugerah Pencapaian Khas – Rhythm & Hue Studio (Life of Pi)
  • Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita – Seniwati Mariani Ismail
  • Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki – Datuk Aziz Sattar
  • Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki – Mano Maniam
  • Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita – Lai Meng
  • Anugerah Filem Terbaik – Bunohan

Secara keseluruhannya Bunohan meraih anugerah paling banyak diikuti oleh filem Songlap.

Selesai majlis anugerah saya turut berkesempatan menghadiri post party bersama-sama artis yang hadir. Teruja jugak rasanya dikelilingi oleh bintang-bintang filem tanah air. Cuma agak terkilan kerana tak dapat cari beberapa nama besar seperti Maya Karin (tak hadir), Lisa Surihani, Yusri, Rahim Maarof, Ziana Zain. Neelofa pun tak kelihatan – mungkin dah balik awal kot. Fiz Fairuz pun saya nampak meninggalkan majlis sebelum selesai anugerah. Ada hal lain agaknya.

Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Bunohan - Faizal Hussin

Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Bunohan – Faizal Hussin

IMG_4556 edited-w

Melisa Saila sedang ditemubual oleh Zamil Idris dari RTM

Melisa Saila sedang ditemubual oleh Zamil Idris dari RTM

Mon Ryanti

Mon Ryanti

IMG_4571 edited-w

IMG_4572 edited-w

IMG_4576 edited-w

IMG_4578 edited-w

Orang lama - Aziz Satar dan Dato' Mustafa Maarof

Orang lama – Aziz Satar dan Dato’ Mustafa Maarof

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Normah Damanhuri dari filem Songlap

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri dari filem Songlap

Lana Nordin a.k.a. Pamela Anderson Malaysia

Lana Nordin a.k.a. Pamela Anderson Malaysia

Adam Corrie

Adam Corrie

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Syafie Naswip dari filem Songlap

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip dari filem Songlap

IMG_4619 edited-w

Noniswara & Rebecca Nur Al Islam

Noniswara & Rebecca Nur Al Islam

Shaheizy Sam

Shaheizy Sam

IMG_4639 edited-w

Walau macam mana pun ia merupakan pengalaman yang menarik buat saya. Tapi agak kesal kerana tidak memiliki zoom lens 70-200 f2.8 kerana tempat duduk saya agak jauh dari pentas dan saya tak dapat range yang diinginkan. Apapun terima kasih kepada yang menjemput. Lain kali kalau ada event lagi jemput la lagi… hehe.

Anda boleh lihat lebih banyak foto di sini: Festival Filem Malaysia ke 25