Masjid Besi, Putrajaya


  • Sumo

Pada penghujung tahun 2012 saya sekali lagi berkesempatan untuk memenuhi satu assignment fotografi akad nikah di Masjid Besi, Putrajaya. Kali ini saya sampai ke sana lebih awal maka sempatlah saya meninjau dengan lebih teliti senibina masjid tersebut.

Masjid ini secara rasminya dinamakan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu bersempena dengan nama Yang Dipertuan Agong ketika itu. Ia mula dibina pada pertengahan 2004 dan siap pada tahun 2009. Masjid ini terletak di Presint 3 bertentangan dengan Istana Kehakiman dan juga di tepi tasik Putrajaya yang indah.

Masjid ini digelar Masjid Besi kerana hampir 70% bahan binaan adalah besi (6000 tan) dan baki 30% konkrit. Ianya dikatakan mampu memuatkan 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Beberapa ciri menarik yang dapat saya perhatikan di masjid ini adalah ruang utama masjid ini memaparkan kalimah Allah dibawah kubah besarnya. Ianya dapat dilihat dari bawah. Selain itu ruang solat utama turut dikelilingi kolam air yang dapat memberikan perasaan segar dan nyaman kepada pengunjung.

Bagi mengelakkan burung-burung dari memasuki dan mengotorkan masjid ini teknologi ultrasonic digunakan bagi menghalau burung.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Masjid Besi di sini.

IMG_7829 edited2w

IMG_7831 edited2w

IMG_7857 edited2w

IMG_8581 edited2w

IMG_8584 edited2w

IMG_8590 edited2w

IMG_8615 edited2w

IMG_8706 edited2w

IMG_8966 edited2w

IMG_8999 edited2w

IMG_9041 edited2w