© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Bertandang Amin & Nadia di Temerloh


  • Sumo

Pada penghujung 2012 saya sekali lagi mendapat tugasan untuk merakamkan foto perkahwinan di Temerloh. Ini merupakan job fotografi yang ketiga di Temerloh sepanjang tahun 2012. Namun kali ini ianya lebih jauh sedikit iaitu di Jengka. Majlis tersebut merupakan majlis bertandang bagi pasangan Mohd Amin dan Nadia Asyikin.

Sebagaimana majlis-majlis perkahwinan di kawasan Felda yang pernah saya liputi sebelum ini, masyarakat di sini masih tetap mengamalkan gotong-royong dalam kenduri-kendara. Hampir keseluruhannya termasuk kemah, lauk-pauk dan juga kerusi meja adalah hasil gotong royong bersama.

Majlis dimulakan dengan upacara marhaban oleh kumpulan marhaban wanita di Felda tersebut. Tetamu mula tiba menjelang pukul 12.00 tengahari. Perarakan pengantin pula dimulakan agak awal untuk mengelakkan hujan diwaktu petang. Pengantin yang tiba terus dibawa masu ke pelamin. Namun begitu tiada upacara merenjis. Hanya bacaan doa selamat dan bersalaman dengan keluarga terdekat diadakan. Ada juga tetamu yang ingin pulang awal mengambil kesempatan untuk bergambar di pelamin dengan pengantin.

Selepas itu pasangan mempelai terus dibawa ke meja santapan untuk upacara makan beradab, diikuti acara memotong kek. Selesai acara memotong kek pengantin beramah mesra dan juga bergambar dengan tetamu. Selesai saja semua acara saya pun berbincang dengan pengantin untuk sesi outdoor fotografi. Kali ini saya mencadangkan lokasi sekitar Taman Tasik Temerloh. Memang taman tasik ini mampu memberikan hasil fotografi yang saya mahukan. Kami menghabiskan masa hampir 45 minit di situ.

Saya kemudiannya mencadangkan kepada pengantin untuk menyambung sesi outdoor di Taman Kenangan Temerloh yang terletak berhampiran Istana Hinggap Temerloh. Menara jam serta tangga yang terdapat di tengah-tengah taman tersebut memberikan satu perspektif yang menarik. Kami menghabiskan sesi selama sejam di situ. Memang agak memenatkan tambahan pula dengan cuaca yang amat terik pada petang itu. Di sini saya paparkan beberapa keping gambar perkahwinan untuk tatapan anda.

IMG_1128 edited1-w

IMG_5847 edited1-w

IMG_1181 edited1-w

IMG_5949 edited1-w

IMG_5968 edited1-w

IMG_1301 edited1-w

IMG_1324 edited1-w

IMG_1357 edited1-w

IMG_1409 edited1-w

IMG_1427 edited1-w

Disamping itu anda juga boleh melihat fotografi perkahwinan lain di Temerloh pada tahun 2012 di link berikut: