© Copyright 2016
NikHamidi Photography

10 Idea Unik Untuk Perkahwinan 2013 – Berani ke?


  • Sumo

Menganjurkan satu majlis perkahwinan yang akan dikenang oleh semua yang hadir adalah menjadi impian setiap orang. Lumrah manusia pula, mereka tentunya akan mengingati sesuatu yang luar biasa dan jarang ditemui. Agaknya apakah impian dan idea anda untuk majlis perkahwinan anda nanti? Kelainan boleh dibuat dalam pelbagai aspek. Antaranya dari segi pelamin, perhiasan, pakaian, makanan, dan juga aturcara majlis. Di tahun 2013 ini mungkin ada yang rasa mahukan idea perkahwinan yang unik dan menarik.

Di sini saya paparkan beberapa idea-idea unik majlis perkahwinan untuk tatapan anda. Tak taulah jika anda berani untuk mengimplementasikan idea-idea berikut. Sesetengahnya mungkin terlalu ekstrem. Apa-apa pun semuanya terletak ditangan anda dan tentunya perlukan persetujuan kaum keluarga.

Agaknya beranikah anda menggunakan costume Hello Kitty bagi kedua pengapit anda? Atau lebih ekstrem lagi apabila anda sebagai pengantin memakai kostum superhero seperti Superman dan Wonderwoman? Selain itu terdapat juga fesyen gaun pengantin yang dibuat dari belon atau mungkin juga dari kertas terpakai, dari coklat Ferrero Rocher mahupun dari bulu burung? Agak daring kan? Atau mahukah anda mengenakan gaun yang teramat panjang, mungkin sehingga 50 meter?? Tentu menimbulkan masalah nanti!

crazy wedding dress 01 crazy wedding dress 02 crazy wedding dress 03 crazy wedding dress 04 crazy wedding dress 05 crazy wedding dress 07 crazy wedding dress 08 crazy wedding dress 09
crazy wedding dress 11 Travel-SMH Crazy_Wedding 02 Crazy_Wedding 03

Apakata anda mencuba idea gaun berlampu? Masih ingat tak lagi baju penyanyi Ramlah Ram dengan motif hati yang berlampu? Mungkin anda boleh cedok idea tersebut. Lihatlah beberapa fesyen pakaian yang unik yang saya temui di internet.

Selain dari itu saya ada juga terjumpa beberapa kad jemputan yang agak unik – kad jemputan yang dicetak di atas saputangan dan satu lagi kad jemputan berbentuk IPhone. Satu idea yang menarik tu.

Iphone2 kadjemputan01

Ada juga beberapa idea yang mungkin boleh dipraktikkan dengan sedikit ubahsuai. Antara yang sempat saya fikirkan ialah:

  1. Tempat duduk pengantin di atas buaian. Nak lebih klasik gunakan buaian papan sekeping. Tapi awas! Jangan sampai ada yang terjatuh nanti.
  2. Menggunakan mesin asap (smoke machine) ala-ala pertunjukkan pentas. Ini mungkin sesuai untuk perkahwinan tema fantasi atau  tema winter.
  3. Selalunya pengantin akan diiringi oleh bunga manggar di kiri-kanan. Apa kata bunga manggar tersebut digantikan dengan ikatan belon gas?
  4. Dari segi hidangan pula, agak-agak okay tak kalau diubah dengan menu seperti burger, chicken chop dan fries? Mesti berbuih mulut Cik Joyah mengata nanti kan!
  5. Pilihan lain menu adalah terdiri dari makanan mamak seperti rojak, mee mamak, roti canai, roti naan dan lain-lain lagi.
  6. Biasanya pengantin berarak dari pintu masuk. Apa kata jika pengantin masuk menggunakan tali ala-ala flying fox? Baru saspen dan surprise sikit.
  7. Pengantin mengenakan solekan ala fantasi
  8. Bagi pasangan yang gila bola mungkin boleh buat wedding reception bertemakan bolasepak EPL. Untuk menambah kemeriahan sediakan skrin untuk siaran Live Bola EPL di dalam dewan perkahwinan.
  9. Design pelamin yang lain dari lain. Tak payah bunga-bunga, tak payah kerrawang-kerawang. Bagi yang kreatif mungkin boleh cuba design pelamin sendiri. Bagi yang meminati kereta mungkin boleh gantikan kerusi pelamin tu dengan kerusi kereta sport!
  10. Tema perkahwinan under water world. Tapi takde la sampai nak bersanding dalam air pulak. Nanti kecut. Mungkin boleh buat pelamin bertema underwater lengkap dengan pelamin kulit kerang gergasi, karang dan rumpai laut. Dayang-dayang pula pakaikan mereka ala-ala duyong. Ada yang sanggup jadi dayang tak agaknya?

Apa yang saya paparkan di atas hanyalah sekadar imaginasi. Mana yang rasa-rasa boleh dipakai tu feel free to adopt it. Mungkin sekarang ada yang rasa macam tak logik, tapi siapa tahu ianya mungkin akan menjadi hit suatu hari nanti. Jika dilihat apa yang kita gunakan sekarang seperti teknologi iPhone, Android, GPS system dan lain-lain lagi – semuanya bermula dengan imaginasi. Pada asalnya ramai yang mengatakan ianya adalah idea gila. Namun kini ianya berjaya direalisasikan dengan berjaya. Oleh itu jangan berhenti berimaginasi dan jangan takut mencuba.

Nota: Penulis merupakan jurugambar freelance yang banyak menjadi jurugambar rasmi bagi majlis-majlis perkahwinan. Tulisan di atas hanyalah sekadar cetusan idea setelah berpengalaman menjadi jurufoto perkahwinan selama lebih dari 5 tahun.  Bagi pertanyaan pakej fotografi perkahwinan anda boleh menghubungi penulis melalui talian 017-3749707 atau 016-3937067.