Pelajari Teknik Solekan Yang Betul


Sebelum & Selepas

Sebelum & Selepas

Ramai wanita yang begitu mengambil berat tentang penampilan wajah dan sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi membeli produk kosmetik. Dalam keghairahan tersebut ramai yang memilih solekan berjenama bagi memastikan penampilan yang menawan tanpa mengambil kira teknik asas solekan. Namun begitu tidak ramai yang menyedari hakikat bahawa cara solekan yang betul sebenarnya memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan penampilan anda. Sudah tentu ada diantara anda yang mencuba solekan dikaunter kosmetik ternama dan begitu teruja dengan wajah anda hasil sentuhan jurusolek di kaunter tersebut. Namun setelah membeli dan mencuba sendiri, hasil yang diperolehi tidak seperti yang diimpikan.

IMG_7771 edited-w

IMG_7778 edited-w

Sebenarnya dengan mempelajari teknik dan cara solekan yang betul ia mampu membuatkan penampilan anda lebih menarik. Teknik solekan asas mampu meningkatkan ketrampilan, keanggunan dan sekaligus menambah keyakinan anda. Bagi sesuatu solekan ianya perlulah diaplikasikan bersesuaian dengan majlis yang ingin dihadiri. Teknik solekan waktu malam dan siang juga adalah berbeza.

Di samping itu seseorang perlu tahu asas-asas seperti:

  1. Teknik shading
  2. Teknik mengadunkan foundation mengikut warna kulit
  3. Teknik pembayang mata iaitu smockey, socket dan gelap penjuru
  4. Pembentukan kening tanpa mencukur/merapi
  5. Teknik membentuk bibir
  6. Teknik pemakaian bulu mata palsu agar kelihatan lebih natural

IMG_7792 edited-w

IMG_7800 edited-w

Jika anda inginkan penampilan yang lebih menarik pelajarilah 6 teknik asas tersebut di Naziema Cantik de Touch. Kenapa anda patut mendaftar ke kelas ini?

  1. Kelas akan dikendalikan secara personal one-to-one atau pun secara kumpulan kecil (2-5 pelajar sahaja). Ini adalah bagi memastikan pengajar dapat memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar.
  2. Nota akan disediakan untuk kemudahan dan rujukan
  3. Sijil kursus akan disediakan
  4. Cenderahati berupa alatan solekan
  5. Yuran yang amat berpatutan
  6. Tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman

IMG_7818 edited-w

Jika berminat untuk menyertai kelas solekan tersebut sila hubungi 017-3527470 untuk sebarang pertanyaan.