© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Etiqa Annual Dinner 2013 – Rock Solid


  • Sumo

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menghadiri Majlis Makan Malam 2013 Etiqa Insurans yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Majlis ini bertemakan `Rock Solid Cafe’ yang mana Rock Solid merupakan salah satu dari asas penting syarikat tersebut.

Bersesuaian dengan tema tersebut kebanyakan para tetamu yang terdiri dari kakitangan syarikat hadir dengan pakaian berciri rock. Antara yang menjadi pilihan ramai sudah tentu kemeja T Hard Rock Cafe dan juga jaket kulit dan denim. Tidak kurang juga yang mengenakan rambut palsu ala-ala rockers. Boleh dikatakan ramai yang sporting dan berpakaian mengikut tema termasuklah pihak pengurusan sendiri.

Antara yang mendapat sambutan hangat adalah video klip muzik yang menampilkan kakitangan pengurusan atasan syarikat sebagai bintang utama. Memang berbakat mereka ni.

Menu pada malam tersebut juga bercirikan menu Hard Rock cafe – iaitu makanan ala barat.

Bagi memeriahkan majlis tiga artis terkenal dijemput untuk membuat persembahan. Stacy memulakan persembahan dengan tiga lagu. Kumpulan Hujan menyusul kemudiannya menyampaikan beberapa buah lagu terkenal mereka. Kedua-dua artis ini mendapat sambutan hangat. Tirai malam tersebut diakhiri dengan persembahan hebat Ella yang mendapat sambutan cukup hebat. Ternyata Ella masih menyengat lagi.

Seperti biasa di sini saya kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Anda dibenarkan berkongsi dengan rakan-rakan melalui butang sharing.

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid

all photos & editing by Nik Hamidi